Tuesday, 15 April 2014

Kenapa anak suka mengamuk??



Bila bangun pagi, si kecil yang berusia tiga tahun akan memuncungkan mulutnya tanda protes. Puas mama memujuk tetapi akhirnya dia bertambah mengamuk. Mama sudah habis idea bagaimana cara terbaik untuk menangani anak cepat mengamuk.

Perbuatan mengamuk memang biasa ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka marah atau kecewa. Perlakuan ini selalunya bermula dengan menjerit dan menangis sehingga memukul, menggigit, menghentakkan kaki, mengguling-gulingkan badan atau membaling barang.

Tabiat seperti ini memang menguji kesabaran ibu bapa dan menimbulkan rasa malu dan geram terutamanya jika anak mereka mengamuk di hadapan tetamu, di luar rumah atau di tempat awam. Ketika menghadapi situasi ini, ibu bapa perlu terus mengawal kesabaran, menilai perbuatan anak berkenaan dan merangka strategi untuk membimbingnya ke arah tingkah laku yang positif.

Untuk berjaya mengawal perasaan anak, ibu bapa terlebih dahulu perlu mengawal perasaan diri sendiri. Kebiasaannya perbuatan mengamuk berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun. Mereka masih dalam peringkat mengenali siapa diri dan meguji sejauh mana boleh atau tidak boleh melakukan sesuatu perkara.

Cara mengatasi
Selain itu penguasaan bahasa dan cara berkomunikasi yang masih terhad mendorong kanak-kanak yang masih kecil untuk mempamerkan perbuatan yang cepat menarik perhatian ibu bapa seperti menangi atau menjerit. Ia sememangnya perbuatan normal dalam kalangan usia mereka.

Namun jika ia dilakukan oleh kanak-kanak berumur enam tahun, ia dianggap keterlaluan kerana kanak-kanak usia ini sudah mencapai tahap perkembangan bahasa yang jauh lebih baik berbanding kanak-kanak lebih kecil.

Mereka sudah boleh meminta dan memberitahu keinginan mereka selain mendengar dan memahami apa yang diterangkan oleh ibu bapa. Justeru perbuatan mengamuk sepatutnya bukan satu perkara yang boleh diterima bagi usia ini. Cara berkesan untuk mengawal anak yang sudah ‘besar’ daripada mengamalkan perbuatan mengamuk ialah dengan memberitahunya secara terus-terang bahawa perbuatannya itu tidak boleh mengubah keadaan dengan mengikut kehendaknya, dan dia tidak akan dilayan.

Sebagai ibu bapa, anda perlu tegas membuktikan kepada anak apa yang telah dinyatakan, dia akan beransur-ansur mengurangkan perbuatan mengamuknya dan sekiranya perbuatan itu tidak mendapat layanan dan ganjaran, lama-kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya.

Wednesday, 9 April 2014

Ostematrix Shaklee-Promo April14

Assalammualaikum..

Sempena bulan April ni meh sini lela nak share tentang produk promo shaklee iaitu Ostematrix.

Dengan Kalsium Ostematrix Shaklee, anda bukan sahaja mendapat kelebihan dari Kalsium, tetapi lebih dari itu. Kalsium Shaklee Ostematrix adalah Kalsium Terbaik di Malaysia.

Faedah-faedah yang terdapat dalam Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah :


1) Membina tulang dan gigi yang kuat.
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon.
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal.
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik

Shaklee Ostematrix Membekalkan :


1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Apa Ada Dalam Kalsium (Ostematrix) Shaklee?

>>KALSIUM
250mg kalsium dalam setiap caplets. Individu digalakkan untuk mengambil 1000mg kalsium setiap hari dan cara yang terbaik bukanlah ambil sekaligus 1000mg kerana ianya tidak akan menghasilkan kesan yang baik. Kenapa? Sebabnya kalsium dapat diserap dengan baik bila diambil dalam dos yang rendah. Sebaiknya adalah tidak lebih dari 500mg setiap kali pengambilan. Sebab itu Ostematrix Shaklee dicadangkan diambil 4 biji sehari di mana 2 biji diambil setiap pengambilan.
Dan Kalsium (ostematrix) juga baik diambil bersama makanan.Bukannya ketika perut kosong.


>>VITAMIN D
Kalsium memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik. Tanpa vitamin D, badan tidak dapat mendapat cukup 'hormone calcitriol'(dikenali sebangai Vitamin D aktif). Bila tidak cukup hormon ini, badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada, yang mana akan melemahkan tulang-tulang kita. Kalsium dan Vitamin D sangat digalakkan untuk mengelakkan dari osteoporosis.

Golongan yang paling sesuai untuk mengambil kalsium (ostematrix) adalah:

1. Ibu menyusu, mengandung
2. Suami/isteri bekerja yang selalu kepenatan dengan kerja
3. Warga emas
4. Wanita yang mengalami masalah PMS - sakit semasa datang bulan
5. Merka yang mengalami kekejangan otot


haaa ape tunggu lagi jom kita hadiahkan untuk makayah tersayang..bantu mereka kalau mereka ade masalah sakit² lutut, susah nak solat, kejang²..
Bulan april14 beli 6 percuma 1 tau..memang sangat berbaloi..boleh tahan lame..

jom kite dapatkannya sekarang untuk diri sendiri & insan² tersayang.,.. ^__^




Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^