Wednesday 3 December 2014

PROMO BERGANDA BULAN DISEMBER 2014 ~ VITAMIN C & VITAMIN E

Assalammualaikum...

Dah sampai kita di penghujung tahun 2014. Yang bestnya bulan ni Shaklee buat tawaran berganda istimewa untuk pelanggan² Shaklee. Promo BUy6 Free1 untuk vitamin C & vitamin E dan lagi kalau kita beli 2 botol Vitamin C & Vitamin E, anda layak mendapat diskaun 5%!!!!! best tak? best tak? Pendek kata bulan Disember 2014 ni adalah bulan kecantikan!! so nanti masuk je tahun 2015 kulit kita pun cantik berseri² gitu..hehe





so ape tunggu lagi jom dapatkannya sekarang!
hubungi lela untuk keterangan lanjut ok! ^_^

Your Shaklee Independent Distributor :



 
Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^


Tuesday 18 November 2014

USS AKU DATANGGGGGG!!!

Assalammualaikum...

Pada 07 November 2014 yang lepas ada trip ke Universal Studio Singapore (USS), ganjaran yang diberi untuk kemenangan kontigen MSC dalam sukan Telekom baru² ini. Semuanya ditanggung halal..Cume bawak badan & duit shopping saje..alhamdulillah rezeki..

Bertolak hari khamis pukul 12.30 tengah malam, berhenti solat subuh & mandi di RNR Gelang Patah kalau tak silap..selesai solat terus ke Singapore. Sampai Imigresen tengok dah berduyun kenderaan yang masuk. Semua berkejar² nak ke tempat kerja. Yang pompuan² dah tak control² ayu dah, lepas je chek passport memasing berlari ke bas, naik bas loncat kan, lambat tinggal konsepnye...  sampai ralit kitaorg yang dalam bas ni tengok orang berkejar kejaran. Gagah sungguh dorang ni demi mencari sesuap nasi.

Ok sampai USS dalam pukul 9pagi, USS bukak pukul 10pg.So ape lagi kitaorg abiskan masa dengan bergambar. Belum masuk USS lagi dah berkeping² tangkap gamba..kikiki..
memang best sangat² kat situ..Memang real dorang deco untuk setiap filem. Macam transformers, sume yang dalam filem transformers sume dorang letak kat situ.. Transformers tempat yang pertama lela pegi sebab nak jumpa bumble bee..hik². Mainan² yang ada kat situ pun sumenya osem! Ada tempat Hollywood, Transformers, Mummy, Waterworld, Far far away dan Madagascar yang sangat comel!!! Terbayang Irham lela, kalau dorang ade mesti lagi bes..(jiwa mak² sangat ingat anak..hehe)

Dari USS bukak sampai USS tutup kitaorg kat situ, itu pun ade lagi tempat yang kitaorg tak pegi. Pape pun memang puas hati & enjoy sangat². Keluar dari Singapore kitaorg Check in di Hotel Sentosa Johor. Keesokannya pukul 9.30pagi kitaorg check out balik ke Cyberjaya. Sebelum tu sempat jugak la singgah ke JPO untuk shopping lagi. Sampai cyberjaya dalam pukul 6petang..alhamdulillah rombongan kami selamat pergi & balik. Inshaallah jika ada rezeki lela nak bawak anak² & family ke USS.
1 ayat yang terkeluar dari mulut lela mase mula² sampai singapore ialah Bersihnya Singapore. Serius SIngapore sangat bersih. Selalu dengar orang cakap je, bila dah pegi sendiri memang bersih walaupun tandas dorang tak guna air, tapi takde pun bau busuk. Alangkah besnye kalau Malaysia pun macam Singapore.....

Gud Bye USS! Hope we will meet again! ^__^




Your Shaklee Independent Distributor :



Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Sunday 16 November 2014

SOLAT DHUHA

Assalammualaikum...



Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Ruang Waktu dan Waktu Afdal 

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:


.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:


.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:


.
5.  Berdoa


Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
kredit : Shafiqolbu


Your Shaklee Independent Distributor :


Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Tuesday 4 November 2014

KEHADIRAN ORANG BARU YANG DINANTI

Assalammualaikum...

Pada 02 November 2014 bersamaan hari Ahad jam 3.19 petang, Kakak ipar lela telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Akhirnya muncul juga cicit perempuan pertama dalam keluarga arwah atok Osman & nenek lehar, juga merupakan cucu perempuan pertama utk mama & abah dan anak buah pertama perempuan bagi diri lela sendiri setelah sekian lama dikelilingi hero² kecil lelaki...alhamdulillah..

Aqif mula² agak emosional juga bila bagitau p.long nya dah dapat baby, maklumlah dia rapat & manja dengan p.long nya. takut kasih sayang berkurangan la tu..hehe..Tapi bila jumpa je baby terus sayang, hati budak kan...penuh kesucian & keikhlasan.
Afif pula macam biasa, selamber dia je la..tak paham pape lagi..Tetap sibuk dengan aktiviti dia sendiri. Budak kecik yang sentiasa sibuk 24 jam...pening kadang dibuatnye..hehe..abis baby dibeleknya, diciumnya..'bibi! bibi!' dia cakap..

Ok cite bebyk pun tak best, meh lela perkenalkan ahli baru dalam keluarga besar kami....Welcome to the World Princess ORKED AMEENA..

Hai nama saya Orked Ameena ^_^

Sedapnyeee bau baby..harumm!!!

semoga awak jadi anak yang solehah ye sayang..ibu love u..



Friday 31 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG : KERAP KEJANG KETIKA HAMIL

Assalammualaikum...



Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Kekejangan berlaku mungkin disebabkan oleh :
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah dapat melegakan kesakitan ini?

Mujurlah kejang kaki adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?

Boleh cuba beberapa langkah berikut untuk meredakan ketegangan :

  • Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.
Alternatif lain, Para ibu boleh mengamalkan supplement Shaklee Iaitu Ostematrix yang semestinya selamat & semulajadi yang dapat membantu memberikan sumber kalsium dan magnesium tambahan kepada anda ketika hamil. Ostematrix boleh membantu membekalkan tambahan kalsium, vitamin D dan magnesium kepada anda, Dengan sebiji tablet ostematrix ianya bersamaan dengan segelas susu tinggi kasium atau bersamaan 80 biji buah badam.



Antara kebaikan Ostematrix Shaklee :

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik
Your Shaklee Independent Distributor :


Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Tuesday 28 October 2014

AWAS! MEALSHAKE SHAKLEE AKAN BUAT ANAK ANDA.....

Assalammualaikum..

Mealshake Shaklee antara produk yang femes dikalangan ibu² dan anak-anak. Mealshake Shaklee yang mengandungi hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee juga merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Kesan dari pengambilan Mealshake Shaklee yang konsisten akan membuatkan anak anda :
  1. Anak anda kekal aktif& bertenaga sepanjang hari
  2. meningkatkan selera makan anak anda
  3. meningkatkan sistem imunisasi badan anak anda
  4. mengurangkan masalah ekzema
  5. Meningkatkan berat badan anak anda
  6. Membantu anak fokus
  7. Membantu kurangkan kekerapan asthma
  8. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  9. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  10. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  11. membantu memudarkan parut luka anak anda
Testimoni anak sulong lela sendiri, irham aqif yang mengalami masalah sembelit dan susah nak sangat nak makan. Bagi je mealshake, haa memang makan tak berhenti. Kadang sampai pening pulak nak layan...nak 'yakyak' pun senang takde la buat muke jason king tiap kali nak memerut..hehehe..Alhamdulillah..

Tak salah kita melabur sikit duit untuk kesihatan anak² kita kan. anak sihat ibu pun muka ada senyum ^__^.

Shaklee terbukti Selamat, Berkesan dan Semulajadi.



Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Sunday 12 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG : MASALAH BAYI KEMBUNG PERUT

Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berusia kurang daripada enam bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen (usus, perut, hati, limpa, pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
Antara punca masalah kembung perut adalah:
a.Cara menyusu dengan botol (jika bayi menyusu susu formula) yang tidak betul iaitu terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai (terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan perut kembung. Bayi mesti disendawakan selepas menyusu.
b.  Bayi terlalu kerap menangis, terlalu aktif kerana rangsangan berlebihan pada hari tertentu turut menyebabkan masalah kembung perut.
c.  Penghadaman susu yang kurang sesuai menghasilkan banyak gas.
Kaedah urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut dan teknik urutan seperti infant massaging boleh membantu melegakan bayi dan dia kembali selesa.
CARA MENGETAHUI BAYI ANDA SEDANG TERKENA KEMBUNG PERUT

1) Bayi akan nangis walaupun pelbagai cara anda dah buat seperti mendodoikan, membuaikan, memberi susu.. bayi tetap nangis juga

2) Perut bayi kelihatan seperti membuncit sedikit

3) Letak tapak tangan anda di atas perut dan ketuk dengan sebelah tangan lagi di atas tapak tangan tadi, bila bunyi seperti perut anak anda kosong dan dipenuhi angin, kebarangkaliannya anak anda memang sedang terkena kembung perut 

4) Rasa di bahagian betis bayi anda, sekiranya keras dan tegang, ini juga kemungkinan yang besar anak anda sedang kembung perut.


CARA MENGATASI APABILA BAYI ANDA SEDANG MENGALAMI KEMBUNG PERUT

1) Sapukan sedikit sahaja minyak yang tidak begitu panas seperti minyak telon atau minyak yu yi atau vick di perut, tapak kaki, belakang badan dan di betis anak.

2) Pakaikan barut atau kain yang boleh membalut perut anak anda untuk menghangatkan perut bayi

3) Baringkan bayi dalam keadaan meniarap, tepuk dengan perlahan-lahan dan urut pelahan belakang bayi supaya angin dapat keluar melalui kentut atau sendawa..

4) Pakaikan stokin supaya kaki bayi hangat

5) Boleh juga berikan sedikit sahaja Gripe Water - ikut sukatan mengikut umur yg di beri

6) Tuam perut anak menggunakan kain yg diletakkan seketika di alat pemanas seperti seterika

7) Berdoa dan bacalah ayat-ayat al-quran.. minta anak anda cepat la sembuh dan berhenti menangis

Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normal walaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan dan ada cara untuk mengatasinya. Masalah ini sepatutnya akan hilang apabila bayi semakin membesar. Namun, jika masalah kembung perut disebabkan oleh penyakit yang serius, jangan berlengah untuk membawa bayi berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
sumber PaMa