Wednesday 31 October 2012

Hari Raya AidilAdha DuaRibuDuaBelas

Assalammualaikum..

Agak² rase cam dah basi je nk cite psl Raya Haji last week..tp bia la aku nk cite gak..huhu..
Tahun ni berhari raya haji yg pertama kt umah baru..so suamy request soh masak rendang,kuah kacang sebab dia confirm sedara mara n family dia nk dtg umah kami. Bese la klu baru pindah mesti org ramai nk dtg tgk umah kan..Hari khamis tu aku x amik cuti sb cuti dh tgl paras² idung je n aku konfem² bos akan bg blk awal...aku bwk c kecik kesygn g opis sb pengasuhnye mintak cuti n mak aku pn agak kebizian ari tu sb adek aku x blk lg dr kolej. so aku pn x nk menyusahkan dia aku bwk la dia g opis..4jam dia kt opis aku rase huru hara jd opis dgn sore dia..meja aku pn abis tunggang langgan dikejekan dia..nasib la bos aku bg balik kul 1 klu x aku x tau la pe jd lg..mau terbalik opis aku dibuatnye..hehe..nasib la ramai yg rajin melayan dia, so blh la aku setelkan mane keje² yg patut b4 cuti kan..maceh ye anty²...
balik dari opis c kecik trs tido.,penat le tu..padan muke..hehe..aku pn pe lagi trs ke dapur wat ape yg patut sementara aQif tgh tido..klu dh bgn krg aku masak sambil jd tarzan..hehe..Dalam kul 9 macam tu siap la hidangan tuk raye esoknye..siap rendang ayam, kuah kacang ayam, nasi impit..mcm lame je kan amik mase nk masak..ye la faktor fizikal yg x mengizinkan aku masak cam lipas kudung..tu pun samp saket kaki n pinggang aku diri lelama..mlm tu dera suamy soh urut..hehe
pepg raye tu pas solat subuh trs siap² kan baju aQif n suamy & breakfast sb suamy nk g solat raya..aku x dpt nk ikut sb kaki aku mmg saket sgt kt tapak kaki..nk pijak lantai pn rase x bes je..pas solat kami pegi umah family suamy dlu..b4 solat jumaat g umah family aku lak..
tem tgh lepak2 kt umah mak aku tetiba makcik aku nk dtg n dorang siap plan pas g umah mak aku nk g umah aku plak..dlm 2 keluarga je tp penuh gak la umah maklumla umah kecik je..mlm tu plak family blah suamy aku yg datang..sampai kul 11.30 la dorang lepak..lepas je dorang balik mmg terkulai la aku..nsb la suamy willing nak take over kemas² pape yg patut..aQif mmg dah surrender dah..kul 9 dh tido..
Walaupun penat sesgt tp aku rase happy gler sb family aku n suamy datang umah kecil kami..sampai abis makanan sume..x sia² masak byk2 dlm keadaan sarat mcm ni..walau x sume yg dtg tp aku seronok la samp lupe nk snap pic..aQif pn samp x tido seharian main ngn sepupu² dia..abis sume mainan dia bwk keluar tunjuk kt sepupu² dia..geleng pale je ibu n ayah dia tgk..Nxt year Raya mesti lagi meriah dgn kehadiran adek aQif nnt..insyaallah..
Ni je gamba yg sempat amik pagi raya aritu..Enjoyz...**besyarnye ibu aQif. lam gamba tu...huhu**

Wednesday 24 October 2012

IBu!! shaye dah 26 minggu.. :)

Perkembangan Baby :

Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter. Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak.

Oleh sebab bayi anda membesar dengan pantas, dan perkembangan otak begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan sarat, termasuk roti bijian sempurna dan bijirin, kekacang dan beras ceruh mengandung banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit.

Perkembangan Ibu :

-ibu makin menbesar dgn sihat
-makin kuat makan
-makin cepat letih bile berjalan/wat keje rumah
-makin xlarat nk layan c abam aQif kesayangan
-makin rase neves²  bile kira² tgl 3bln saje lg nk deliver
-makin rase malas nk bekerja **nk dok umah je goyang kaki bleh??**
-makin rase kalut² bila pikir² tak prepare satu ape pn brg baby
-makin rase nk cepat je bersalin sb dh xlarat rasenye nk bwk perut..**kali ni preggy perut besar dr preggy aQif**
-makin..makin..makin ape lg ek...
-haaaa yang paling utama aku MAKIN MALAS!!! **baby nnt dh kuar jgn malas² ye..hik² ;p**

Esok 25hb aku ade monthly checkup n 29hb ade appointment scan 3D kat Vision College.
harap² baby be good ek..tunjukkn tut tut kat ibu n ayah..senang kami nk prepare barang..ibu n ayah x beli satu ape pun barang kamu ni shayang sebab kamu degil namo tunjuk tut tut kamu tu..
be a good baby ye shayang ibu..see u tomorrow n monday ye....
abam aQif n ibuayah luv u so much n tak shabar² nk tunggu kamu kuar..muahh!! muahh!



Thursday 18 October 2012

Kuey Teow Kungfu Haiittt!

Assalammualaikum..
Semalam agak kebingungan xtau nk mencekik ape tem dinner..en.suamy siap req xmo mkn nasik nak makan yg ringan² je..bukak peti ais tgk² ade kuey teow..tetibe terase nk mkn kuey teow kungfu..try google² resepi dapat la resepi kueyteow kungfu yg simple² je.. x sampai setgh jam dok ketang ketung kt dapur akhirnye siap la kuey teow kungfu aku, excited giler sebab cubaan pertamaku menjadi..
jeng..jeng..jeng..tadaaaaaaaaaaa

En. suamy kate lulus dgn cemerlang..hehe...kembang kuncup ai dengar..hik²..
AQif kesayangan ibu pun mamam byk semalam..legaaaa...
Gedik² nk buh resepi jgk pdhal resepi pun dapat kt tenet..hik²

Bahan-bahan

1. kuey teow (agak2 la utk bape org mkn)
2. 2/3 biji telur
3. lada hitam/lada putih
4. mix seafood
5. ayam yg tlh diptong dadu
6. lobak merah
7. lain-lain sayuran (optional)
8. 1-1 1/2 sudu tepung jagung
9. 1 ulas bwg putih utk menumis
10. cili padi
11. sos tiram
12.1 1/2 cawan air (depends klu ade yg suke berkuah)
Cara-cara membuatnye...

1. kuey teow
~pukul telur + grm + sedikit lada hitam
~ masukkan kueh teow
~ masukkan sedikit mnyk dlm kuali
~ then, masukkan kueh teow n telur dlm kuali
~ balik-balikn sehingga masak

2. kuah nye
~ tumis bwg putih sehingga keperangan
~ masukkan mix seafood n ayam 
~ masukkan pula lada hitam/lada putih beserta cili n sedikit sos tiram
~masukkan air
~ masukkan syur-sayuran
~ masukkan tepung jagung yg telah di bancuh dgn air
~ biarkan sedikit pekat n tuangkan ke atas kuey teow td
siapppp!! ;)

Monday 15 October 2012

Cemburukan Adik Baru

Menerima kehadiran orang baru dalam keluarga pasti seronok dan menggembirakan. Namun tanpa kita sedar ada hati milik si kecil yang sedang cemburu dan merasakan kehadiran ‘orang baru’ itu bakal menggugat perhatian mama dan papa terhadapnya.  Perlakuan cemburu terhadap adik baru pastinya pernah anda saksikan di dalam kalangan anak kecil. Cemburu memanglah positif kerana ia menandakan si manja telah berkembang dari segi mental. Namun jika dibiarkan berlarutan perasaan cemburu ini mungkin akan menimbulkan masalah kepada anak-anak terutama sekali bagi segi emosi.
Pada usia tiga atau empat tahun, biasanya si kakak atau si abang sudah boleh menerima kehadiran adik baru. Malah ada kanak-kanak yang meminta-minta supaya mamanya ‘membelikan’ adik di pasar raya lantaran terlalu suka melihat kecomelan bayi. Lucu bukan? Begitulah terujanya mereka ingin memiliki adik. 
Apabila ibu sedang hamil, kakak atau abangnya tidak sabar-sabar untuk melihat adik baru untuk bermain bersama-sama. Namun lain pula halnya bagi sesetengah kanak-kanak. Apabila adik telah lahir, terasa seperti segala perhatian telah beralih daripadanya kepada adik baru menyebabkan api cemburu menyala-nyala sehingga menyebabkan pelbagai tindakan agresif yang tidak diingini.
Kesan cemburu
Cemburu kepada adik baru boleh menjadi sebab kepada pelbagai masalah. Ia boleh menjadi lebih parah sekiranya dibiarkan. Oleh sebab kemahiran komunikasi dan bahasa mereka masih belum berkembang sempurna, pada peringkat usia begini, luahan cemburu sering ditunjukkan menerusi kelakuan-kelakuan mudah mengamuk. Selain itu kencing malam, hilang selera makan juga petanda emosinya tidak tenang. Kesan cemburu juga mengakibatkan terjadi perbuatan-perbuatan yang agresif seperti memukul atau menyakitkan adiknya yang mungkin akan mendatangkan kecederaan. Oleh itu, pupuklah rasa sayang mereka kepada adik yang bakal lahir agar rasa cemburu dapat dielak.
Apa sepatutnya dilakukan?
Aimi hairan apabila mama tidak lagi mempunyai masa untuknya. Aktiviti seperti mandi, makan dan tidur kebanyakannya diuruskan oleh papa dan nenek sahaja. Jarang-jarang sekali mama akan menemani Aimi menonton, itu pun apabila adik tidur. Kenapa mama berubah? Mama sudah tidak sayang Aimi lagi kah?Aimi benar-benar cemburu, geram dan ingin memberontak. Ini semua berpunca daripada adik yang  ‘merampas’ mama dari Aimi. Sebab itulah Aimi tidak suka adik.
Pada usia tiga hingga empat tahun, itulah cara pemikiran mereka. Senario begini sering berlaku pada anak yang apabila ibu dan ayah yang tidak menyediakan minda anak untuk menempuh fasa perkembangan sebagai seorang kakak atau abang. Mempunyai adik baru bermakna dia anda bakal berkongsi kasih sayang, masa, perhatian dan ruang. Situasi ini jika muncul secara mengejut pasti akan memberikan kesan emosi yang ketara dan menyebabkan si manja rasa terabai.
Ambil langkah-langkah ini untuk mengelakkan dia cemburu pada adiknya selepas dilahirkan kelak:
  • Beritahu bakal akak atau abang tentang kehadiran adiknya tidak lama lagi sebaik sahaja anda mengetahui anda hamil. Ajaklah anak berbual dengan adiknya di dalam kandungan. Langkah ini akan menyebabkan ia tidak ketinggalan dalam penantian kelahiran adiknya dan tahu kelak dia akan menjadi kakak atau abang.
  • Cuba libatkan anak anda dalam membuat persediaan menyambut kelahiran adiknya.  Sebagai contoh ketika membeli-belah barang keperluan seperti pakaian atau mainan. Berikan ia kebebasan memilih satu barang untuk bakal adiknya. Langkah ini akan menyebabkan dia berasa seronok, teruja dan berlagak seperti abang atau kakak.
  • Terangkan padanya berulang-ulang kali bahawa adiknya nanti akan memerlukan banyak perhatian selepas dilahirkan. Sebagai contoh-“Nanti bila adik lahir, mama kena susukan adik sebab adik tak boleh makan dan minum macam Sara. Dia boleh minum susu mama sahaja. Dia tidak boleh mandi sendiri, tak boleh pakai baju sendiri. Jadi mama dan Sara kena tolong mandikan adik dan pakaikan baju. Bila adik dah besar macam Sara, adik dah boleh buat sendiri”.
  • Elakkan mengubah rutin harian anak anda selepas kelahiran adiknya. Anda sepatutnya mengubahnya sedikit demi sedikit untuk mengelakkan dia rasa anda berubah selepas melahirkan adiknya lahir. Sebagai contoh dari segi pembahagian masa  untuk mandi, siapa menemaninya makan atau mengajarnya mewarnai dan melukis mengambil alih tugas ibu. Cuba praktik jadual baru membaca dan menonton sekurang-kurangnya lima atau enam bulan sebelum adik baru menjengah dunia.
  • Minta bantuan anak anda semasa anda menguruskan adiknya. Sebagai contoh minta bawakan lampin atau tisu  lembap untuk menukarkan lampin adiknya. Ia akan membuatkan ia berasa seperti kakak atau abang yang boleh diharap dan boleh memupuk perasaan sayang kepada adiknya. 
Apa yang perlu dielakkan?
  • Memberitahu kehadiran adiknya nanti adalah sebagai teman bermainnya. Hal ini kerana  tempoh hamil sangat panjang dan selepas kelahiran adik barunya hanya akan menyusu dan tidur sahaja, tidak akan menjadi teman sepermainannya sepantas itu.
  • Melarang dia  daripada menghampiri atau menyentuh adik kerana caranya yang agak kasar. Biasanya anak pada usia ini akan memeluk adiknya dengan terlalu kuat atau mencium dengan kerap. Tindakan ini menunjukkan ia sedang keliru dengan perasaan sendiri. Sebaik-baiknya tegur dengan cara yang baik dan ajar dia cara untuk menyentuh dengan cara yang lembut.
  • Pada peringkat umur ini, anak akan mudah cemburu melihat orang lain mendapat perhatian. Ia ditunjukkan dengan pelbagai hal seperti mahu ibu memakaikan baju untuknya, mahu didukung seperti adik dan disuapkan ketika makan walhal dia sudah pandai melakukannya sendiri. Usah cepat melenting. Kawal emosi dan anggap anak anda sedang menyesuaikan diri dengan keadaaan baru.
  • Mendukung adik baru ketika memperkenalkan kepadanya. Tindakan ini akan menyebabkan anak anda berasa terpinggir dan anda lebih menyayangi adiknya.
  • Orang sekeliling lebih menumpukan perhatian kepada adiknya berbanding dirinya. Anda perlu meminta ahli keluarga atau rakan-rakan untuk tidak ketinggalan bercakap mengenai si kakak atau abang agar perhatian yang diberikan lebih seimbang. 
Tahukah anda
Jarak umur antara anak dua hingga empat tahun akan mencetuskan perasaan cemburu yang ketara kepada anak yang lebih tua. Manakala jarak umur 18 bulan atau lima tahun  ke atas mempunyai risiko yang lebih rendah.
(Sumber: Majalah Pa&Ma Ogos 2012)  

Ibu shayang aQif

Assalammualaikum..
hhmmm betul ke org ckp klu si ibu pregnnt si adek, si sulong akan meragam??
sejak dari mule² preggy lagi aQif dh tunjuk perangai yg bukan²..tem tu rase boleh dikawal lg..tp bile mule perot ibu dh memboyot aQif makin menunjukkn belang hati mule rase kurang sbr dgn sikap dia..Antara perubahan sikap aQif :
1. suke mintak nk ibu dokong..even aku tgh basuh pinggan ke, masak ke, n tgh siap² nk g keje ke tem tu la dia merengek mintak dokong..kdg² tu samp menangis beria² mcm kene bantai selagi kite x amik dia..paling menguji kesbrn bile tem pepagi,masing² kalut nk bersiap g keje tem tu la dia suke wat perangai nk berdokong..(tarik nafas..lepas..sbr ye ibu)
2. Makan nk ibu suap @ pun nk mkn sendiri tp nk ibu ade kt sblh..mkn sekali ke ape ke x kesah janji ibu dok kt meja mkn skali..selg x duduk selg tu dia dok melaung 'ebbu!...ebbu!...' paling haru part scene baling² cawan ke mknn ke kt meja mkn..(fuuhh! tarik nafas lg...)
3. Nak masuk tido pun kene ibu masuk bilik skali ngn dia, baring kt sblh dia..selg x baring, x masuk bilik selg tu dok merengek² kt pintu bilik..bile dh masuk bilik, baring sblh kene pelok plak..'ebbu lok' dia tarik tgn aku soh pelok..bile angkt skit trs jaga tarik balik tgn aku..
4. Lagi satu aku xleh nk tido membelakangkn dia..lenguh mcm ne pn kene mengadap dia..klu aku tido membelakangkn dia, dia akan bgn tarik² badan aku soh pandang dia..dgn keadaan aku yg mcm ni cpt la sket lenguhnye klu mengadap satu arah je kan..tp demi anak kesygn aku ni, aku turutkn jgk..Penah ayahnye offer diri kt dia 'meh ayah lok nak' cpt² aQif ngelak pegi kt aku..aisshhh anak ibu ni..
5. Skrg ni xleh nk tinggi sore sket, trs nangis meraung² mcm kene bantai..pdhal jentik pn x..sgt kuat memberontak, sume bende nak dibalingnye..xtau la belajar dari mane baling² barang tu..dulu tem aQif baby nk dgr sore dia nangis pn payah tp skrg aduhai nek rimas dgr dia asyik nangis je..nak di bia x sampai ati plak..hukhuk..

Paling aku rase lagi mengharukan last week BS aQif ckp dgn aku, aQif lately kurang mkn..namo main..byk diam je..lain perangai dia..hati tetibe jadi sayu sgt² sb lately jgk aku n suamy pening dgn perangai aQif yg makin manja n mengada²..Hati mule rase nk nangis sgt²..mule la dok pikir² patutla aku rase heran tiap kali blk umah aQif mcm org kelaparan, rupenye aQif xmo mkn kt umah BS sb aQif nk mkn ngn ibu..nk mkn dari tgn ibu, sekurang²nye ibu lega bile tiap kali tgk aQif byk mkn..aQif nk perhatian lebeh dari ibu..sb x lama lg adek kuar aQif dh xleh nk manja² lg ngn ibu..aQif kene jaga adek..aQif merengek² nk ibu dokong sb bile adek kuar mesti ibu dh x dokong aQif, mesti ibu dokong adek je..waa sedehnye..1 hari rase xleh nk fokus kt tmpt keje..dok ingt aQif je..rase nk balik pelok dia kuat² n cakap dgn dia ibu shayang sgt³ kt aQif..tiap kali tgk aQif tido, rase kesian sgt³..bukan ibu x syg aQif..hanya ALLAH SWT yang maha mengetahui betapa besarnye kasih syg ibu kt aQif..tp kdg² perangai aQif betul² menguji kesbrn ibu n ayah..peliz jgn wat perangai shayang ibu..awak tetap kesayangan ibu n ayah sampai bila² walaupun awak ade 10  org adek sekali pun (peh! byk gler adek aQif..kikiki) kasih syg ibu xkan berkurang sikit pun..percaya la...
Be a Good Boy ye sayang..


Pengarang jantung aku & suamy..
Muhammad Irham Aqif

Sunday 14 October 2012

NewBie

Assalammualaikum...
ehem..ehem..eh hai...hhmm..Akhirnye angan² mak jenin aku nk berbelog terlaksana jgk..selame ni jas jd silent reader je..kdg² samp ralit dok bace blog org.bile syok² tu mule la rse nk ade blog jgk..tp pendam takat rase je la..hehe..at least dpt jgk aku gagahkn nk buat blog..fuhhh! payah jgk nk deco² blog ni..nek berpino mate ni..byk lg mende yg aku x paham..alah lelama nnt paham la..hopefully blog ni bertahan lame la..bkn takat post introduction ni je..kikiki..

ok la cite byk pun x gune aku wat introduction dlm bentuk gamba je la ek..
ini la dia antara insan² yang sgt² bermakna dlm idup aku..kire xde dorang idup aku rse x bermakne la..
meh! layan gambo

En. suamy ku yg tercinta Abd Rashid Abd Shukor..pic tem wedding kami 14.03.10
lap u muah!..ececeh..
Anugerah dari ilahi yg tak terhingga..dak tecik ni mcm nyawa bg aku..
tanpa dia aku rse kosong..kosong..(ala² najwa latip lak)
Muhammad Irham Aqif b. Abd Rashid. D.O.B 10.01.11
Ibu shayang aQif shangat..shangat..shangat..cup!cup!

gamba terkini..alhamdulillah dh sethn 9bln..
nk jd abam besyar dh pn x lame lg..

Pic tem raya thn ni..tema kaler oren..
aku ngah preggy adek aqif 4bln
Ni family tersyg..aku 3beradik je..ktorg diri pn ikut turutan..hehe..
abg aku,aku n adik bongsu aku..yg duduk tu of coz la abah n mama tercinta..muahh!
                                                                                             
Ni keluarga besyar suamy aku..Raya thn 2011 turn kami raya penang..
aQif tem ni br 8bulan..gebu² lagi dia..


ok dah abes dh sessi suai kenal..tgh pk² nk post entry ape plak pas ni..eceh..hik² ;p
daaaaaaaaaaa.........