Thursday 27 February 2014

Menjadi Ahli Shaklee - Jom Sign Up!

Assalammualaikum..

Permulaan lela dengan Shaklee ialah Set Berpantang. Memang rase lain sangat², walaupun lela kali kedua czer melahirkan anak kedua tapi rase mcm bersalin normal..serius! terus jatuh cinta dengan shaklee..auuww.
Bertenaga! Cergas! Sihat! Paling best susu meriah!
Alhamdulillah..bila badan kita sihat pengeluaran susu akan menjadi aktif..dan sehingga entry ini ditulis anak kedua lela Afif berusia 1thn, dia masih BreastFeed tanpa ada campuran susu formula.
Selepas habis pantang lela decide untuk berkecimpung dengan bussines Shaklee ini..ye lah sambil menyelam minum air kata org dolu² kan..Badan Sihat Bonus pun dapat..2 In 1..tak gitu..hik³

Ok bagi mereka yang tak tahu mengenai keistimewaan menjadi ahli Shaklee, Meh sini lela nk story..

Apa kelebihan Menjadi Ahli Shaklee??

1.Modal Kecil
>>Modal nak mulakan perniagaan Shaklee nie hanya RM65.00 sahaja. Lagi best untuk seumur hidup. Tak perlu 'renew' keahlian. Atau jika mahukan keahlian PERCUMA hanya beli barang RM680=200UV. Lagi best bila boleh dapat komisen pada bulan berikutnya. Silap-silap boleh makan 'vitamin' free setiap bulan.

2.Tak Perlu 'LOAN' Untuk Mulakan Perniaagaan
>>Shaklee memang MLM, tapi bukan MLM yang perlukan modal beribu untuk start berniaga. Tiada konsep head-hunting dalam Group Rahsia kami. Konsep yang kami guna 'siapa rajin, dialah yang berjaya'. Modal yang diperlukan hanya RM65. Dan selebihnya komitmen dan semangat kalian untuk berjaya. Jalan sudah diteroka oleh Master-Master yang dan berjaya.

3.Tak Payah Tayang atau Jual Muka
>>90% hasil jualan Group Rahsia kami adalah dari sumber online. Gunakan medium blog dan Facebook untuk memasarkan produk-produk Shaklee. Tak perlu petah bercakap. Tahukah kalian? Yang kebanyakan dari SID (Shaklee Independent Distributor) yang berjaya bukan ada latar belakang berniaga atau belajar 'Business Administration'. Paling penting 'determine' untuk berjaya.

4.Tak Perlu Stok Bertimbun
>>Barang semuanya ada di HQ/Branches Shaklee. Tak perlu simpan stok beribu-ribu dirumah. Bila customer nak, SID hanya akan order vitamin secara online. Barang yang customer pesan akan dihantar direct dari HQ/Branches Shaklee. Jimat tenaga nak bungkus dan poskan barang. Dan tak perlu risau, risiko stok lapuk sebab tak laku. Mudahnya berbisnes dengan Shaklee, Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee.

5.MLM Shaklee Bukan Piramid
>>Tiada konsep tertindas. Hanya orang atas sahaja yang kaya. Dan orang bawah tak mendapat untung. Sesiapa sahaja ada peluang jadi Jutawan dengan RM65. Tiada apa yang mustahil. Tulislah seberapa banyak angka yang korang nak dengan Shaklee. And we work for it!

Tiada apa yang mustahil. Jangan jadikan angan untuk buat Umrah, pergi melihat negara asing, memandu kereta lebih selesa, rumah idaman, bantu ibu ayah, berikan segala yang terbaik untuk anak, dan simpanan jutaan RM terkubur begitu sahaja.

Do not live with your dreams. Turn its into reality.Tak kira siapa kita? Apa kerja kita sekarang? Tahap pendidikan? Status latar belakang keluarga?

Itu semua tak penting. Yang penting adalah SEMANGAT, KEYAKINAN DIRI, KOMITMEN, USAHA dan PERCAYA PADA DIRI SENDIRI. Itu akan membuatkan kita berjaya capai cita-cita. Dengan kelebihan menjadi ahli Shaklee yang telah ditawarkan. Tiada lagi alasan untuk tidak berjaya dengan Shaklee.

Tak perlu fikir panjang. JUST DO IT! Realisasikan mimpi. Tak tahu cara? Jangan bimbang kami ada group rahsia yang akan membantu anda!

Hubungi saya untuk ketahui bagaimana GROUP RAHSIA OSEM kami beroperasi menjana jutaan jualan setahun. Yang pasti semuanya online! Home-based Online Business.

Berminat?




Jom Sign UP! Hubungi :

✍ FB: RashelaQif E-Shoppe
✉ Email: aQifleyla@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-3188804
➲ COD Area: Puchong, Shah Alam & USJ

Tuesday 25 February 2014

SET PRODUK SHAKLEE

Di bawah ini lela senaraikan cadangan pelbagai produk Shaklee mengikut tahap kesihatan masing-masing. Kalau nak info lanjut boleh berhubung terus dengan lela untuk dapatkan konsultasi secara percuma & saranan produk yang bersesuaian. Jangan risau tidak semestinnya kena beli semua yang di senaraikan. Ini hanyalah cadangan. ^_^

::SET KEHAMILAN::
Vita-Lea,Vitamin C,B-Complex,Ostematrix,Omega Guard,ESP Soy Protein Isolate Powder

::SET PANTANG::
Vita-Lea,Vitamin C,B-Complex,Zinc Complex Ostematrix,ESP Soy Protein Isolate Powder

::SET MENYUSU::
Vita-Lea,B-Complex,Vitamin C,Alfalfa,ESP Soy Protein Isolate Powder,Ostematrix,Omega Guard,Performance Drink

::SET KANAK-KANAK::
Chewable Vitamin C,Omega Guard, Meal Shakes

::KECANTIKAN KULIT::
B-Complex,Vitamin C,Vitamin E, GLA Complex,Vivix, Collagen Powder, ESP Soy Protein Isolate Powder

::SET SELIM MELIM::
Lecithin,Cinch Shake Mix,Cinch Energy Tea Mix,Herb-Lax

::SET NAIKKAN BERAT BADAN::
Mealshake, Vitalea, B-Complex

::ASTHMA, RESDUNG, ALLERGY, GEGATA & ECZEMA
Alfalfa, B-Complex, Vita C

::SET KESUBURAN::
Alfalfa, GLA Complex, Vita E, Zinc Complex, B-Complex, Vita C

::SET AKTIF BERSUKAN::
Performance Drink,Vita-Lea,B-Complex,Vitamin C,Ostematrix,Advance Joint Health Tablet

::SET PERIOD TIDAK STABIL/PMS
Alfalfa, GLA Complex,Ostematrix

::SET DIABETIS::
GLA Complex, B-Complex, Vita C

::SET GOUT::
Performance Drink,Omega Guard,Alfalfa
::AWET MUDA::
Vivix,Collagen Powder

::KETAHANAN IMUIN BADAN::
Nutriferon

::SET KESIHATAN LELAKI::
Zinc Complex, Vita E, Omega Guard

::YANG TAK SUKE PILL BOLEH AMIK POWDER::
Meal Shakes,ESP Soy Protein Isolate Powder,Vivix,Nutriferon,Collagen Powder

Ingin harga yang istimewa?? Jangan malu-malu hubungi lela  k!
Harga sentiasa istimewa untuk pelanggan² lela ^__^

Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Pikat Hati Anak

Tahukah anda kata-kata positif yang diucapkan setiap hari kepada si anak, mampu membentuk karektor diri mereka yang lebih baik. Pujian dan penghargaan memberikan aura positif dalam diri anak yang sedang membesar.

Walau sesibuk mana sekalipun anda berdua, jangan pernah lupakan ucapan manis untuk si kecil. Senyuman yang mereka lemparkan saat mendengar ucapan daripada ibu dan ayah akan mencorakkan hari yang gembira buat mereka.

Jika anda jarang mengucapkan kata-kata positif kepada anak, mungkin kata-kata berikut memberikan inspirasi untuk menjadi ibu bapa hebat kepada anak-anak.

I Love You
Kata-kata mudah yang boleh diucapkan setiap masa bila-bila sahaja. Jika diiringi dengan dakapan erat, ucapan ini lebih memberi kesan positif terhadap perkembangan anak. Mereka berasa tenang dan bahagia kerana tahu diri amat disayangi oleh kalian berdua!

Seronok melihatmu
Kadang kala anak-anak berasa kita tidak suka melihat mereka terutama jika kita sedang menghadapi masalah dan berwajah muram. Lupakan seketika masalah anda, lemparkan senyuman dan sambut kepulangan anak-anak dari sekolah atau ketika mengambil mereka dari sekolah/taksa dengan perasaan gembira dan bahagia.

“Kamu membanggakan ibu”
Apabila anak teruja menunjukkan hasil prestasinya di sekolah atau apa sahaja yang dia lakukan, balaslah dengan pujian dan katakan yang anda bangga dengan apa yang dia lakukan. Pujian anda tentu memberi semangat dan keyakinan kepada dirinya.

“Ibu nak dengar cerita kamu”
Dalam kesibukan kadang kala kita terlupa memberi perhatian dengan cerita daripada anak-anak. Luangkan beberapa minit untuk memberi perhatian dengan cerita mereka. Tunjukkan kesungguhan dan minat ingin tahu walaupun sekadar cerita tentang mereka terlambat memakai kasut ketika pulang dari sekolah.

Ibu percaya kepadamu
Adakalanya seorang anak berusaha bersungguh-sungguh untuk membanggakan ibu dan ayah. Namun, mereka kecewa sekiranya gagal memenuhi harapan tersebut. Katakan yang anda tetap berbangga dengan usahanya. Berikan anak keyakinan bahawa gagal bukan bermakna untuk selamanya.

Ibu bahagia dengan kehadiran kamu
Anak-anak berhak tahu bahawa kehadiran mereka sangat penting dalam hidup anda berdua. Beritahu mereka yang anda bahagia memiliki mereka sebagai anak. Jangan pernah mengucapkan kata-kata yang mereka menyusahkan anda. Ketahuilah bahawa kata-kata itu mampu menjadi pemangkin kebahagiaan mereka sehingga dewasa.

Share form https://www.facebook.com/#!/rashelaqif

Nyawa IbuAyah..My Irhams..Semoga Menjadi Anak yg Soleh


SIJIL HALAL SHAKLEE 2014

Assalammualaikum..

Sebenarnya agak terlewat jugak lela nak post sijil ni..tapi takpe la kan..janji ade..
Baru² ni kecoh mengenai banyak produk yang tidak halal, produk shaklee pun ade jugak terkena tempiasnya. kat sini lela sertakan sijil halal shaklee untuk tahun 2014 yang dikeluarkan pada 27 January 2014 bersamaan 26 Rabiul Awal 1435H. So lepas ni harap tak ade lagi terdengar suara² sumbang yang cakap shaklee tak halal ye..

Untuk pengetahuan anda semua, sijil halal Shaklee ni dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA) yang merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM. boleh semak di Badan Islam yang diiktiraf JAKIM melalui Portal Rasmi Halal Malaysia kalau ada lg yang konpius.

Kebanyakan dari kita hanya percaya dengan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM sahaja. Anda silap sebab sebenarnya ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk tempatan. 

Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Yang orang tahu hanya yang ada sijil halal JAKIM je yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM terutamanya untuk marketing di Malaysia ni.

Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereka mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Kalau nak diikutkan, status halal di Kanada & USA adalah yang paling ketat prosedurnya dan sukar untuk dapat pelepasan.

Jadi, kepada pengguna Shaklee di luar sana, anda tak perlu risau lagi..produk² Shaklee yang ada dalam pasaran Malaysia ada dalam senarai kat sijil di atas. Gunakanlah Shaklee tanpa was was.
SHAKLEE Selamat, Berkesan & Semulajadi!


Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Monday 24 February 2014

Merawat Demam Denggi dengan Shaklee

Assalammualaikum..


Hari ini lela nak cite pasal demam denggi yang sekarang ni di tahap yang sangat membimbangkan.
Teringat masa afif admitted hospital last month **later lela story psl tu k!  sebelah katil afif ada baby 6 bulan dah kena denggi..sedeh sgt tengok..baby sebesar tu terpakse menanggung kesakitan sebegitu..tapi alhamdulillah baby tu discaj dulu dari my afif..sebelum lela cerita lebih lanjut, jom kita kenali Demam Denggi dulu ^_^

Apa itu Denggi?
Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlarutan selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

Jenis-jenis penyakit denggi
  • Demam denggi klasikal
    Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'
  • Demam denggi berdarah
    Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2 hingga 13 tahun. Pada tahap awal (selama 2 hingga 4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera
Cara Jangkitan

Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama 8 hingga 10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil 'Penularan Mekanikal'.

Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya.

Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.

Tanda Serangan Denggi
  • Demam kuat secara mengejut dan berterusan
  • Ruam pada kulit
  • Sakit tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit Perut
  • Pendarahan pada badan, hidung dan mulut
Rawatan

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.
  • Rawatan Demam Denggi Klasikal
    Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu, mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku
  • Rawatan Demam Denggi Berdarah
    • Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.
    • Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.
    • Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke3 hingga hari ke7.
    • Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.
Okey semua sedia maklum Demam Denggi memang tiada ubat, kebanyakkannya masing² buat rawatan sendiri seperti makan sup ketam, minum air 100 plus dan macam² lagi.

So kat sini lela nak sarankan pengambilan supplemen Shaklee sebagai rawatan alternatif untuk menguatkan sistem imuin badan. yang lela sarankan ialah Performance Drink Shaklee, Nutriferon & Vita C.



Bagaimana ia membantu?

PERFORMANCE DRINK

•Dapat membantu meningkatkan daya ketahanan badan – memberikan tenaga kepada otot dan sel yang cepat, mengelakkan dehidrasi (kehilangan air) semasa demam dan terbukti secara klinikal dalam memlihara paras gula daram darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan.
•Membekal tenaga & daya ketahanan fizikal – ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus magnesium dab chloride. Tidak mengandungi perisa. pewarna dan bahan pengawet sepertimana minuman isotonik sukan di pasaran.
NUTRIFERON

•Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari – ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

VITA C

1) Membentuk Kolagen
Ia merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi,     rangka dan tulang rawan. Oleh itu ia mampu mempertingkatkan kedut dan     menghalang otot dari menjadi lembik.

2) Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3) Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga mampu membantu mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Apa yang menarik ia turut berfungsi untuk menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.

4) Memerangi Kanser
Ia bersifat sebagai antioksida yang mampu mempertingkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser serta membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.

5) Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vit-c setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Untuk makuman, pigmen adalah penyebab utama kehadiran jeragat pada kulit muka kita ya...

6) Memperbaiki Insomnia
Dengan menganbil Vit-c secara konsisten, ia boleh membantu menyelesaikan masalah insomnia, stress serta masalah-masalah berkaitan mental seperti murung dan resah
.
7) Mengekalkan Kolestrol yang sihat.
Vit-C ini mampu membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengeklakan kapilai darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah serta pendarahan dalam otak dan gusi.
Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Email: aqifleyla@gmail.com
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe
COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA. Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^