Friday 31 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG : KERAP KEJANG KETIKA HAMIL

Assalammualaikum...



Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Kekejangan berlaku mungkin disebabkan oleh :
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah dapat melegakan kesakitan ini?

Mujurlah kejang kaki adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?

Boleh cuba beberapa langkah berikut untuk meredakan ketegangan :

  • Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.
Alternatif lain, Para ibu boleh mengamalkan supplement Shaklee Iaitu Ostematrix yang semestinya selamat & semulajadi yang dapat membantu memberikan sumber kalsium dan magnesium tambahan kepada anda ketika hamil. Ostematrix boleh membantu membekalkan tambahan kalsium, vitamin D dan magnesium kepada anda, Dengan sebiji tablet ostematrix ianya bersamaan dengan segelas susu tinggi kasium atau bersamaan 80 biji buah badam.



Antara kebaikan Ostematrix Shaklee :

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik
Your Shaklee Independent Distributor :


Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Tuesday 28 October 2014

AWAS! MEALSHAKE SHAKLEE AKAN BUAT ANAK ANDA.....

Assalammualaikum..

Mealshake Shaklee antara produk yang femes dikalangan ibu² dan anak-anak. Mealshake Shaklee yang mengandungi hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee juga merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Kesan dari pengambilan Mealshake Shaklee yang konsisten akan membuatkan anak anda :
  1. Anak anda kekal aktif& bertenaga sepanjang hari
  2. meningkatkan selera makan anak anda
  3. meningkatkan sistem imunisasi badan anak anda
  4. mengurangkan masalah ekzema
  5. Meningkatkan berat badan anak anda
  6. Membantu anak fokus
  7. Membantu kurangkan kekerapan asthma
  8. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  9. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  10. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  11. membantu memudarkan parut luka anak anda
Testimoni anak sulong lela sendiri, irham aqif yang mengalami masalah sembelit dan susah nak sangat nak makan. Bagi je mealshake, haa memang makan tak berhenti. Kadang sampai pening pulak nak layan...nak 'yakyak' pun senang takde la buat muke jason king tiap kali nak memerut..hehehe..Alhamdulillah..

Tak salah kita melabur sikit duit untuk kesihatan anak² kita kan. anak sihat ibu pun muka ada senyum ^__^.

Shaklee terbukti Selamat, Berkesan dan Semulajadi.



Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Sunday 12 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG : MASALAH BAYI KEMBUNG PERUT

Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berusia kurang daripada enam bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen (usus, perut, hati, limpa, pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
Antara punca masalah kembung perut adalah:
a.Cara menyusu dengan botol (jika bayi menyusu susu formula) yang tidak betul iaitu terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai (terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan perut kembung. Bayi mesti disendawakan selepas menyusu.
b.  Bayi terlalu kerap menangis, terlalu aktif kerana rangsangan berlebihan pada hari tertentu turut menyebabkan masalah kembung perut.
c.  Penghadaman susu yang kurang sesuai menghasilkan banyak gas.
Kaedah urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut dan teknik urutan seperti infant massaging boleh membantu melegakan bayi dan dia kembali selesa.
CARA MENGETAHUI BAYI ANDA SEDANG TERKENA KEMBUNG PERUT

1) Bayi akan nangis walaupun pelbagai cara anda dah buat seperti mendodoikan, membuaikan, memberi susu.. bayi tetap nangis juga

2) Perut bayi kelihatan seperti membuncit sedikit

3) Letak tapak tangan anda di atas perut dan ketuk dengan sebelah tangan lagi di atas tapak tangan tadi, bila bunyi seperti perut anak anda kosong dan dipenuhi angin, kebarangkaliannya anak anda memang sedang terkena kembung perut 

4) Rasa di bahagian betis bayi anda, sekiranya keras dan tegang, ini juga kemungkinan yang besar anak anda sedang kembung perut.


CARA MENGATASI APABILA BAYI ANDA SEDANG MENGALAMI KEMBUNG PERUT

1) Sapukan sedikit sahaja minyak yang tidak begitu panas seperti minyak telon atau minyak yu yi atau vick di perut, tapak kaki, belakang badan dan di betis anak.

2) Pakaikan barut atau kain yang boleh membalut perut anak anda untuk menghangatkan perut bayi

3) Baringkan bayi dalam keadaan meniarap, tepuk dengan perlahan-lahan dan urut pelahan belakang bayi supaya angin dapat keluar melalui kentut atau sendawa..

4) Pakaikan stokin supaya kaki bayi hangat

5) Boleh juga berikan sedikit sahaja Gripe Water - ikut sukatan mengikut umur yg di beri

6) Tuam perut anak menggunakan kain yg diletakkan seketika di alat pemanas seperti seterika

7) Berdoa dan bacalah ayat-ayat al-quran.. minta anak anda cepat la sembuh dan berhenti menangis

Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normal walaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan dan ada cara untuk mengatasinya. Masalah ini sepatutnya akan hilang apabila bayi semakin membesar. Namun, jika masalah kembung perut disebabkan oleh penyakit yang serius, jangan berlengah untuk membawa bayi berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
sumber PaMa

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG : PENGEDAR SHAKLEE & COD SHAKLEE DI PUCHONG

Assalammualaikum..

Saya Norlela Ahmad Mustafa boleh panggil lela. Saya adalah Pengedar Sah Shaklee anda di area Puchong, ID Shaklee 905171. Nak COD?? Boleh aje untuk area Puchong, USJ & Putrajaya. Oleh kerana lela bekerja di Shah Alam, kalau orang² Shah ALam nak vitamin Shaklee pun boleh lela COD juga. Tiada caj tambahan & lela boleh beri consult tentang pemakanan vitamin secara terus kepada anda.

Bagi yang berada di luar kawasan..Perkhidmatan Pos laju disediakan jangan risau. Dijamin sampai dalam masa 3 hari..in sha allah..consult juga diberikan secara percuma. melalui whatsup, chat Facebook & Wechat.
Semuanya mudah, hanya dihujung jari sahaja. 

Anda berminat dengan vitamin Shaklee? jangan malu jangan segan hubungi lela ok!
Shaklee Selamat, Berkesan & Semulajadi.

Your Shaklee Independent Distributor :
 
Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG : RESTORAN KEGEMARAN SAYA

Assalammualaikum

Kalau kat Opis lela ni area Shah Alam time lunch lela suke pegi makan dekat food court Anggerik Mall Shah Alam. Nama kedai tu Selera Utara, nasi campur dia memang sedap & murah. Lauk popular kat situ ayam goreng tepung. Lela kalau pegi situ tak sah kalau tak pekena ayam goreng tepung dia..memang sedap sehingga menjilat jariku..hehe..yang lagi menarik kat situ ialah air buah dia..haa ni diaaa air buah..

seketul seketul dia bubuh buah atas tu..memang terangkat. faveret lela air mangga..sebijik mangga utk  1 cawan.. memang kawww la..harga rm3 untuk air buah..murah kan?


Kalau kat puchong pulak lela suke dinner kat Lokas Makana Puchong Utama. kat situ ada kedai Burger Bakar Kaw! nak makan burger bakar ni kena betul² lapar baru syok.. Kalau Lapar sket² je mesti tak abis burger ni..sebab patty dia besar. yang lela makan ni burger kawen. patty ayam & daging campur sekali..yang ni syer berdua dengan anak. tak larat nak abiskan sorang². memang kaw!! Moh la kite!


Your Shaklee Independent Distributor :
 
Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^



PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG: RESEPI HOMEMADE PUDING ROTI DENGAN SOS KASTARD YUMMYLICOUS

Assalammualaikum..

Entry kali ni lela nak share resepi yang biasa lela buat untuk anak² & kawan² opis pun selalu request suruh buat..Bukan sedap mana pun sebenarnya..saje gatai dorang maleh nak buat sendiri tu yang selalu mintak lela buat tu..hehe..

ok bahan² untuk buat puding roti :

1. Roti Gardinia
2.Telor 3biji
3. Susu segar
4. susu cair
5. 1 sudu esen Vanila
6. Gula

Cara²nya : Pukul telor hingga kembang kemudian masukkan susu segar & susu cair, gula & esen vanila..Kacau hingga kembang. Bila dah sebati semua bahan²  tu amik loyang tuang dalam loyang. kemudian barulah masukkan roti, sambil masukkan roti tu kena tekan² sket sampai padat. last sekali boleh la nak tabur kismis atas roti, kalau nak masuk buah berries ke kacang ke terpulang..Atas kreativiti masang².  dah siap semua kita bakar dalam oven suhu 180 selama 20minit.
sebelum masuh oven

selepas keluar oven

Sesambil tunggu puding roti masak, kita boleh lah buat sos dia pulak. Bahan² sama je iaitu : 

1. susu cair
2. susu segar
3. gula
4. tepung kastard
5. Esen Vanila

yang ni kita kene masak atas dapur. Panaskan periuk masukkan susu cair, susu segar, esen vanila & gula. Bukak api kecik saje. lepas gula dah larut last sekali masukkn 2 sudu tepung kastard. Bila dah masuk tepung kastard ni kite kene kacau sentiasa, kalau tak nanti akan berketul. tak cantek la kan..Agak² sos kita tu dah pekat boleh la matikan api..siappp dah puding roti dengan sos kastard nyummylicous.. ^__^

Kacau hingga sebati dengan api perlahan

Puding roti yang dah siap di potong

Puding roti dengan sos kastard..nyum²!



Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.

Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Thursday 9 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG : VITAMIN SHAKLEE YANG PERTAMA KALI SAYA MAKAN

Assalammualaikum..
 
Alkisah Day 4 punya cabaran kali ini berkisar tentang vitamin pertama Shaklee yang buat lela jatuh cinta lepas makan. Inilah dia....jeng jeng jeng....Set Berpantang shaklee!!!
 
 
Dalam set pantang Shaklee ni ada Vitalea, Vita C, Bcomplex dan Zinc. Lela mula makan Shaklee masa lela berpantang anak kedua. Lela bersalin czer untuk dua² anak & kali kedua czer memang sedia maklumla lebih sakit dari czer yang pertama dulu + lela banyak hilang darah jugak masa doktor nak 'tutup' perut balik. Lepas 3 hari lela discharge, sampai rumah je baru lela start makan vitamin. Alhamduillah badan memang rasa segar sangat bila bangun keesokan harinya. Lebih bertenaga walaupun time malam boleh kire berapa jam je lela tido disebabkan si kecik kerap bangun menyusu. Time tu hanya ALLAH je yang tau nak gerak memang payah, nak menyusukan lagi si kecik memang mencabar la. memang tak cukup tido langsung! Siap plan dalam hati lagi 'esk siang ni memang nak qada' tido'. Tapi bila time siang sikit pun tak mengantuk siap x reti dok diam lagi buat itu ini sampai banyak kali kene tegur ngan mama 'ingat sket awak tu baru lagi jgn lasak² sgt'. Luka czer pun cepat kering + lela boleh jalan tegak tak sampai seminggu..berbanding masa lepas bersalin yang sulong seminggu masih membongkok lagi sebab rase tegang kat tempat czer. Memang dapat rase sangat perbezaan masa berpantang anak sulong dengan anak kedua. Yang paling best lagi bila mama lela mula² macam yakin tak yakin je bila tengok lela makan vitamin² shaklee..siap tanya tak de jamu ke?? tapi bila dia sendiri tengok lela cergas je masa pantang, dia sendiri yang promote Shaklee kat kawan² & sedara mara yang datang rumah. Lela senyum² je dengar mama bercerita macam dia xpert je dengan shaklee time tu padahal baru first time tau....hehe..alhamdulillah lela dipertemukan dengan Shaklee, Vitamin yang membuatkan lela kekal bertenaga sepanjang masa dari pantang sehingga la sekarang...^_^
 
Ada yang nak kekal bertenaga masa berpantang macam lela?? meh PM meh! konsultant percuma lela bagi ^_^
 
Your Shaklee Independent Distributor :
 
Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Tuesday 7 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG: APA YANG ADA DALAM HANDBAG SAYA??

Assalammualaikum..

Hari ketiga punya cabaran pulak lela nak bagitau rahsia apa yang ada dalam handbag lela ni..3 hari maknanya 3 rahsia telah terbongkar gara² sifu shaklee ku..adoi!
ok semua wanita memang kemana² mesti bawak handbag kan..kalau yang dah berkawin & ada anak lagi la kan..semua bende kalau boleh nak di sumbat dalam beg.  Dengan pampers nya, botol susu anak pun kdg kala sumbat je dalam tu, pin tudung, jam macam² la tu belum masuk resit² beli barang & sampah sarap lagi.. ;p sekali tengok dah macam poket doremon pun ada..'mcm mengata diri sendiri plak'..hik³..


gambar cik google

Nak tangkap gambar handbag lela macam malu plak..hehe..lela juz share je la ek apa yang memang wajib ada dalam handbag lela.

Purse : memang wajib la kan..kalau tak de memang haru la..
Beg make up : Dalam beg ada beg...haaa jangan tak tau..hehe..dalam handbag ada lagi 1 beg kecik yang lela bubuh barang makeup. takde la makeup sgt. Yang ada pun bedak compact, lipstick, blusher, minyak wangi kecik & 1, 2 keronsang buat spare..incase pin tudung tercabut ke kan..
Buku nota kecik & pen : untuk catit order shaklee or apa² note penting.
Power Bank : incase kalau bateri kong.
Bekas spek mata : ai ni rabun benonya tapi maleh nak pakai spek mata..Pakai time drive & pegi kelas je. So peram dalam hand beg je la.
Tisu basah : untuk spare kalau tangan comot² ke terutamanya bila dengan anak

yang atas ni untuk 5hari waktu bekerja je.. Bila weekend isinya jadi lain makin bertambah..hehe
Dengan Pampers nya, Botol susu, acsesori anak² mcm jam, sikat, minyak rambut, kadang tu baju spare anak² pun sumbat dalam beg jugak..haaa kan betul kan macam poket doremon..hehe..tu sebab kadang kalau nak beli handbeg memang cari yang beso², handbag kecik² ni tak pandang la..hahaha..

Ok dah tamat..fuhhh!! buat entry sambil selak² handbag..sekali ternampak sampah sarap dalam tu..dan² kemas time² tu jugak..hahahaha

Your Shaklee Independent Distributor :



Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Monday 6 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG : PERCUTIAN IDAMAN SAYA ^_^

Assalammualaikum...

Second day cabaran updated blog dari mama shaklee ku Dilla Jalil. Tajuk hari ni buat lela termenung panjang. Bukan apa secara jujurnya lela tidak ada percutian idaman. Macam tak caya kan?? kann?? Ada rahsia disebaliknya..hehe
Sebab utamanya lela ni gayat sikit kalau nak naik kapal terbang lama²..hehe kantoi sudah.. ;p Kalau naik kapal terbang kalau boleh nak sejam je tak mo lama². Pergi Sabah 2jam setgh pun lela dah resah dalam flight. Sape yang dok sebelah memang tau la kan.. memang selalu kene bahan dengan kawan². Jadinya lela lebih suka holiday dalam negara saje...Tak kisah ke mana pun janji ada insan² tersayang bersama. Pegi Port Dickson je pun boleh..kikiki ;p

Cume 1 je tempat yang lela teringin sangat nak pegi & lela yakin semua orang teringin & berharap nak ke situ bukan lela sorang je. Tempat tu adalah.....jeng jeng jeng... -->>



Ini lah tempat yang lela teringin sangat nak pergi.. mekah... Nak bawa mak & abah pergi sekali. Seronok bila dengar mereka yang terpilih ke sana bercerita tentang keindahan Mekah dan Keinsafan mereka. Bila di sana terasa bertapa kerdilnya diri kita disisi ALLAH. Dan lagi bila kat sana, apa pun pangkat yang kita ada sampai Mekah kita hanyalah seorang hamba ALLAH yang banyak membuat dosa. Tiada pangkat dato, datin ke segala bagai hanya seorang hamba ALLAH SWT..Semoga suatu hari nanti lela berpeluang menjadi tetamu ALLAH membawa semua ahli keluarga ke sana..In sha allah..Mekah mu tunggu lela datang ye..hehe


Your Shaklee Independent Distributor :


Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG: 3 FAKTA MENARIK TENTANG SAYA ^_^

Assalammualaikum...

ok hari ni 1st day menyahut cabaran 7 hari update blog..untuk fisrt day ni lela nak story pasal 3 fakta menarik tentang diri lela..meh sini rapat² lela nak story ni..eceh..

Faounder of RashelaQif E-Shoppe

1. Ini la saya..Norlela Ahmad Mustafa..sejak ada anak ni sangat jarang tangkap gambar sorang..mesti ada anak, puas godek gambar sorang² yang latest tapi tak jumpe plak..hehe..so lela buh je la gamba dengan hero² kesayangan lela k..Fakta menariknya lela hidup dikelilingi hero..walaupun agak mencabar rutin setiap hari tapi sangat membahagiakan. Anak kedua dari 3 adik beradik, seorang yang hepi go lucky tapi ramai orang cakap 1st time jumpe lela nampk macam gud² je kan, sombong tapi bila dah kenal rapat, kena dengan kepala memang gila²..Seorang yang penyayang & sentiasa meletakan keutamaan yang tinggi untuk family & anak²..luv them so much..
Futsal Team

Netball Team

2. lela seorang yang aktif bersukan..futsal, netball memang faveret. Selalu jadi wakil Tm Selangor bila TM buat tournament sukan. Time tu la feeling² macam wakil negeri dalam SUKMA kekonon. Nak jadi wakil negeri, tak layak..wakil company aje le..jadi la ek asalkan dapat bersukan.


3. Sangat suka baca novel. kadang beli novel sekali 4,5 buah lepas tu marathon sekali harung baca. Dulu time bujang memang selalu buat perangai tak tido semalaman gara² baca novel..Bila dah berkahwin & ada anak ni jarang dah la nak buat perangai macam tu..hehe..novelis feveret Acik lana, Hanni Ramsul & Norhayati Berahim.

Ok dah..selesai cabaran pertama.. Tunggu story esok pulak ye..sebelum lela akhiri, Bagi anda yang inginkan vitamin hebat Shaklee atau berminat untuk menjana pendapatan dengan Shaklee jangan malu jangan segan boleh hubungi lela seperti di bawah ok..daaa... ^_^


Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.

Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Thursday 2 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG : PROMO OKTOBER 2014 -> ESP (ENERGIZING SOY PROTIEN)

Assalammualaikum..

Bulan Oktober sudah...Promo ESP kembali lagi..best! best! best!
sebab ape saya cakap best? kerana hanya 1 canister sahaja terdapat banyak sangat manfaatnya..
Nak kulit cantik? milk booster? nak kurus? ada gastrik? untuk tenaga? nak tambah tenaga? kehamilan? semua ada dalam ESP..best kan..
Sebab itu la ESP digemari ramai, setiap bulan memang ESP mempunyai permintaan yang tinggi.
memang terlajak larisss...hehe

ESP adalah serbuk protein berkualiti tinggi yang telah melalui kajian klinikal yang paling banyak. Ia mengandungi kacang soya non -GMO dan mengandungi 22 jenis asid amino, yg penting rendah lemak dan rendah kolestrol. Badan kita ni full of cells..kuku, kulit, otot2 dan lain2 yang mane semuanya berasal daripada protein.
Kebaikan ESP pulak :

ESP menjadikan kulit wajah cantik dan berseri serta awet muda
ESP membantu menghilangkan parut jerawat; parut terjadi akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru yang sihat bagi menggantikan sel mati
ESP memberikan tenaga, menjadikan badan sihat, cergas dan kurang letih
ESP membantu untuk kuruskan badan, cepat kenyang
ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu untuk ibu menyusu, sebagai milkbooster ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
ESP menganjalkan dan mengembalikan kecantikan payudara anda
ESP Menyokong kesihatan imunisasi badan.


Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^