Sunday 12 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG: RESEPI HOMEMADE PUDING ROTI DENGAN SOS KASTARD YUMMYLICOUS

Assalammualaikum..

Entry kali ni lela nak share resepi yang biasa lela buat untuk anak² & kawan² opis pun selalu request suruh buat..Bukan sedap mana pun sebenarnya..saje gatai dorang maleh nak buat sendiri tu yang selalu mintak lela buat tu..hehe..

ok bahan² untuk buat puding roti :

1. Roti Gardinia
2.Telor 3biji
3. Susu segar
4. susu cair
5. 1 sudu esen Vanila
6. Gula

Cara²nya : Pukul telor hingga kembang kemudian masukkan susu segar & susu cair, gula & esen vanila..Kacau hingga kembang. Bila dah sebati semua bahan²  tu amik loyang tuang dalam loyang. kemudian barulah masukkan roti, sambil masukkan roti tu kena tekan² sket sampai padat. last sekali boleh la nak tabur kismis atas roti, kalau nak masuk buah berries ke kacang ke terpulang..Atas kreativiti masang².  dah siap semua kita bakar dalam oven suhu 180 selama 20minit.
sebelum masuh oven

selepas keluar oven

Sesambil tunggu puding roti masak, kita boleh lah buat sos dia pulak. Bahan² sama je iaitu : 

1. susu cair
2. susu segar
3. gula
4. tepung kastard
5. Esen Vanila

yang ni kita kene masak atas dapur. Panaskan periuk masukkan susu cair, susu segar, esen vanila & gula. Bukak api kecik saje. lepas gula dah larut last sekali masukkn 2 sudu tepung kastard. Bila dah masuk tepung kastard ni kite kene kacau sentiasa, kalau tak nanti akan berketul. tak cantek la kan..Agak² sos kita tu dah pekat boleh la matikan api..siappp dah puding roti dengan sos kastard nyummylicous.. ^__^

Kacau hingga sebati dengan api perlahan

Puding roti yang dah siap di potong

Puding roti dengan sos kastard..nyum²!



Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.

Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

No comments:

Post a Comment