Monday 30 June 2014

TIPS KURUS KETIKA BERPUASA

Assalammualaikum..





Tips selim melim sepanjang berpuasa :

1. Paling penting untuk kita lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh badan. Ini kerana individu yang mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.

2. Bagi individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhatihati dalam soal permilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka.

3. Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi hakikatnya sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi.

4. Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan ‘jutaan’ makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa meloya.

5. Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu

6. Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih perut dan gastrik. Selain itu, elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan kafein yang tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan perut yang kosong setelah seharian berpuasa.

7. Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan.Korang dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.

8. Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet kita. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat.

9. Berpuasa tidak seharunya dijadikan alasan untuk kita kurang minum air. Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.

10. Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun kita berpuasa. Bezanya, kita boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

11. Positifkan diri dengan membuat target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.

12. Jangan asyik menimbang berat badan. Kita akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu

#Cabaran60HariUpdatedBlog #Day12

Sunday 29 June 2014

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL MUBARAK

Assalammualaikum..

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk bertemu Bulan Ramadhan al Mubarak pada tahun ini.
Sedia maklum, Ramadhan bukan sekadar menahan lapar-dahaga serta perkara yang membatalkannya tetapi lebih daripada itu. Ianya adalah bulan ibadah, bulan kebajikan dan bulan keberkatan yang berganda-ganda melebihi bulan-bulan lain. Betapa pemurahnya Allah SWT pada bulan ini. Amat malang kiranya kita tidak merebut setiap ganjaran yang ditawarkanNya.

Segala peluang terbentang luas di sekeliling kita. Tepuk dada tanya iman, mana satu yang menjadi pilihan - meningkatkan ilmu, iman dan amal ataupun leka dan mengeluh dengan sedikit dugaan.

Harapan lela agar dapat memanfaatkan bulan ibadah ini sebaik mungkin dan lebih baik dari tahun sebelumnya. Kalau tahun lepas lela sebagai ibu yang menyusukan, cabaran memang la mencabar bila awal² hari je perut dh kriok²..hehe..tapi yang bestnya tahun lepas lela dapat puasa penuh! alhamdulillah. segalanya dengan izin allah swt.

Tahun ini cabarannya lain la plak, menjaga anak² yang super aktif amat menguji tahap kesabaran terutama si adek..adek afif yang sentiasa sibuk kesan kemari..dia duduk setempat bila tido n menyusu je..yang lain² sume bz dengan aktiviti..hehe..xpelah orang cakap anak aktif otak cerdik..harap² gitu la..Ok cukup takat ni cite pasal anak..kalau masuk bab anak memang x cukup entry..banyak sgt yang nak diceritakan. Keletah masing² menghiburkan & membahagiakan hidup lela sekeluarga. Kadang tengah drive ke tengah keje ke boleh terbayang² keletah dorang boleh tersenyum sorang². sayang my Irhams sangat²!

Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan kita dibulan Ramadhan ni agar lebih diberkati olehNYA. In sha allah..


RasuluLlah SAW bersabda,"Barangsiapa mendirikan Ramadhan penuh keimanan dan berkira-kira mencari keredhaan Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang lepas" - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim


#Cabaran60HariUpdatedBlog #Day11


Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Thursday 26 June 2014

PENGEDAR SAH SHAKLEE PUCHONG, PUTRAJAYA, USJ, SHAH ALAM SELANGOR

Assalammualaikum.. 

Anda tercari-cari Pengedar Shaklee di kawasan berhampiran anda?? Ingin dapatkan produk shaklee dengan segera? 

Saya Norlela Ahmad Mustafa ID Shaklee : 905171. Shaklee Independent Distributor anda.

Anda boleh dapatkan vitamin Shaklee dengan mudah & cepat daripada saya khusus bagi mereka yang tinggal di kawasan Puchong, Putrajaya, USJ & Shah Alam Selangor.

Anda hanya perlu hubungi saya ditalian 013 3188804 -Lela Mustafa dan kita boleh set temujanji untuk penghantaran terus secara CASH ON DELIVERY. Anda juga akan dapat free consultant berkenaan vitamin Shaklee secara terus daripada saya.

Anda tinggal di luar kawasan saya?? jangan risau, saya turut menyediakan penghantaran secara pos ke seluruh Malaysia menggunakan Poslaju.





Berminat nak menjana pendapatan dengan shaklee?? Jom sertai group hebat saya. Dalam group kami ada leader yang berpengalaman yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar. Tak tahu macamana nak mula??anda boleh hubungi saya, saya akan tunjukkan caranya. Hanya RM65 pendaftaran sekali seumur hidup shj. Jangan lepaskan peluang, Jom sertai kami sekarang! ^___^




Jom kita berSHaklee!!! Shaklee Selamat, Berkesan & semulajadi!!

Anda boleh hubungi saya :

FanPage           :      Rashelaqif E-Shoppe
Email               :      aqifleyla@gmail.com
Call/Sms/Wa    :      013-3188804


#Cabaran60HariUpdatedBlog #Day10





Wednesday 25 June 2014

RAHSIA CERGAS BERPANTANG DENGAN SET BEPANTANG SHAKLEE

Assalammualaikum..
 
Bagi ibu² hamil biasanya bila dah nak dekat due tu, mesti dok pening² pikir nak makan apa masa berpantang nanti kan, amik jamu ke suplement lain ke..macam lela dulu..puas la dok google² set itu ini..
Pengalaman lela tentang set berpantang shaklee ni lela cuba masa si afif, masa lela berpantang aqif beli la set jamu tapi kesudahnya tak makan pun sebab aqif ade jaundice. Tapi masa berpantang si adek, first time guna set berpantang shaklee..alhamdulillah memang lela sangat berpuas hati. walaupun si kecik ada jaundice tapi stil boleh teruskan amik supplement sebab tidak memudaratkan baby. czer kali kedua memang cukup menyakitkan tetapi dengan set bersalin shaklee luka czer cepat kering, lebih bertenaga dan susu pun meriah. memang berbaloi sebab set shaklee boleh tahan lama..Lepas berpantang pun still boleh continue.
 
Fungsi set berpantang adalah untuk:
  1. Memulihkan organ peranakan supaya kembali subur dan memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.   
  2. Memulihkan luka luaran dan dalaman selepas bersalin.
  3. Mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin 
  4. Supaya dapat mengelakkan stres dan meroyan 
 
 
Set berpantang Shaklee terdiri daripada 4 jenis produk vitamin dan mineral:

Membekalkan 23 jenis vitamin 
Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
Memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan
Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan

- B COMPLEX
Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan

Menolong mengurangkan simptom alahan
Anti Oksidan semulajadi
Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah
Mengurangkan keguguran rambut
Meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan dan masalah jeragat
Menyembuh daya seksual dan pertumbuhan organ

Oleh itu, jom kita berpantang cara moden dengan set berpantang shaklee tidak kira samada anda bersalin normal ataupun czer, set berpantang shaklee dapat memberi kesegaran dan tenaga kepada ibu² di luar sana. Jom dapatkannya sekarang sebagai persedian selepas bersalin nanti.

Para suami pula, jom belikan untuk isteri² anda! pasti berpuas hati kerana Shaklee Selamat, berkesan dan semulajadi ^__^.

#Cabaran60HariUpdatedblog #Day9


 
 
Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Tuesday 24 June 2014

BANYAK MANA BABY MENYUSU SEAWAL KELAHIRAN?

Assalammualaikum..


Ramai ibu² mengeluh masa baru lahirkan anak cakap susu sikit la..baby tak kenyang la. Tahukah ibu² sekalian besar perut baby baru lahir hanya sebesar biji guli je..kecik kan? kecik kan? so sebab tu la baby kita cepat kenyang dan cepat lapar balik.

kat sini lela share anggaran kasar jumlah susu yang diperlukan bergantung pada faktor baby itu sendiri :
 
Usia bayi anda
                                  Jumlah susu setiap penyusuan
Hari 1(0 ke 24 jam)                             7ml (lebih sedikit dari sesudu kecil)
Hari 2(24 ke 48 jam)                           14ml (kurang sedikit dari 3 sudu kecil)
Hari 3(48 ke 72 jam)                           38ml (1.3auns bendalir)
Hari 4 (72 ke 96 jam)                          58ml (2auns bendalir)
Hari 5 (96 ke 120 jam)                        68ml (2.3auns bendalir)


Baby yang menyusu badan tidak memerlukan banyak susu di setiap penyusuan berbanding dengan baby yang minum susu formula akan mengambil jumlah yang lebih banyak daripada baby yang disusukan ibu. Baby yang diberi formula tidak dapat mengawal pengambilan susu mereka dengan cara bayi menyusu badan boleh.

Tanda-tanda yang anak ibu² menyusu dengan sempurna ialah:
  • Ibu² merasa payudara anda menjadi semakin lembut semasa penyusuan.
  • Ibu² mendengar dia menelan dgn sempurna perlahan lahan.
  • Baby memberhentikan sendiri penyusuan selepas kekeyangan.
  • Dia kelihatan tenang selepas menyusu.
  • Najis baby berwarna kekuningan dan dia membasahkan akan buang air kecil dalam jarak beberapa jam.
Baby yang baru lahir akan turun sedikit berat badan selepas dilahirkan, jadi ibu² jangan risau pulak ini semua normal kerana baby akan mula menambahkan berat badan menjelang usia baby 5 hari.

Namun, sebagai panduan, ibu² boleh menjangkakan penyusuan kolostrum akan mengambil masa 40 minit atau lebih. Sebaik saja susu badan mula keluar, baby ibu² akan menyusu antara lima dan 30 minit di satu payudara. Biarkan dia kosongkan payudara yang pertama dahulu sebelum beralih pada payudara sebelah lagi.

Jangan bimbang jika baby ibu tidak menghabiskan banyak masa menyusu. Setengah baby boleh mendapat kesemua susu yang diperlukannya dalam beberapa minit saja, yang lain mengambil masa yang lebih. Asalkan baby ibu² melekap dengan betul, menyusu dengan sempurna.. dia akan mendapat susu akhir yang kaya lemak di penghujung setiap penyusuan. Happy Breastfeeding ibu² sekalian.. ^__^

#Cabaran60HariUpdatedBlog #Day8



Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Monday 23 June 2014

KEBAIKAN VIVIX SHAKLEE

 Assalammualaikum..

Korang pernah dengar pasal vivix shaklee tak?Antara produk yang agak mahal berbanding dengan produk lain tetapi keistimewaan yang terdapat dalam vivix sangat berbaloi dengan harganya. Sebab apa lela cakap macam tu? meh lela nak cite.

APA ITU VIVIX?

Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi  polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ung. 
Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Vivix Shaklee merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. 

APA KEISTIMEWAAN VIVIX SHAKLEE?

a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)

Bagaimana Vivix bertindak dengan berkesan?


Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.

KESAN PENGAMBILAN VIVIX SHAKLEE:

:: Membaiki sel yang rosak, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan

:: Memelihara keseluruhan kesihatan

:: Anti oksida yang sangat baik - awet muda

:: Membantu anda merasa lebih bertenaga

:: Mengurangkan risiko kanser

:: Membantu pesakit diabetic

:: Menguatkan sistem imun

Ini testimoni cust yang mengambil vivix :


Jika kita inginkan kesihatan yang optimum, tak salah kalau kita melabur sedikit utk tubuh badan kita. kalau pelaburan yang dibuat memberikan hasil yang positif tak salah kan? siapa yang taknak hidup sihat tanpa penyakit ye dok..
sekiranya berminat jangan malu jangan segan hubungi lela seperti di bawah..Ingat! shaklee selamat, berkesan dan semulajadi.. ^__^

#Cabaran60HariUpdatedBlog #Day7

Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Sunday 22 June 2014

PERMATA HATIKU..



                                                                                           

Assalaamualaikum...

Harini juz nak story pasal 2 org anak syurga ni yang bertahta dalam hati kami suamyistery. Anak kebanggaan ibuayah Muhammad Irham Aqif dan Muhammad Irham Afif anuegrah terindah dariNYA buat kami. Syukur alhamdulillah..mereka berdua membesar dengan penuh kasih sayang, sihat sempurna..
Dua²nya mempunyai sifat yang sangat berbeza, si abam lebih lembut hati dan penyayang, si adek keras hati dan lebih aggresif berbanding si abam. Jaga si adek lebih mencabar sangat mencabar. Ada je benda yang dia nak buat, merata² dia xplorer dan suka bagi ibu buat keje tambahan..huhu..Si abam n adek kalau bergaduh mesti si abam yang menangis dulu, belum penah lagi lela tengok adek menangis kalau bergaduh..memang tahan lasak sangat²! geram!!abam lagi manja dari adek, sangat² manja dan ingin dibelai sentiasa tapi 1 perangai aQif yang lela suke sangat bila dia sangat² caring. Kalau tengok lela saket, dia la yg datang tanya, pegang tempat saket & dudk je kat sebelah. kadang siap cakap 'abam nak jaga ibu' ..syahdu beb dengar..
Dari segi makan pulak, si abam suke western..spegethi, macaroni pizza kalau ada memang banyak la dia makan. Tang adek plak mesti nak pekena nasi. spegethi,mee ke bihun ke sume tak layan..hahaha.. ayah selalu cakap adek org kampung, suke makan lauk² kampung..hehe
mereka memang berbeza..memang seringkali menguji kesabaran kita, sangat² menguji tapi dalam masa yang sama, mereka menghiburkan, membahagiakan dan menyenangkan. Balik keje bukak pintu terkedek² dua² ni lari dapatkan ibu, pelok ibu cium ibu sorang²..hilang penat, hilang stress seharian kat opis. Indahnya perasaan itu. Alhamdulillah Allah beri peluang untuk lela rasai nikmatnya menjadi seorang ibu..syukur..

Ya Allah, aku berjanji padamu, aku akan menjaga anugerahmu ini sebaik mungkin dan memberi seluruh kasih sayangku pada mereka, membahagiakan mereka selagi nyawa dikandung badan. semoga mereka sentiasa dilindungiMU ya allah, menjadi anak yang soleh, berilmu, beriman dan bertaqwa kepadaMU. Lindungi la mereka dari segala apa jua keadaan terutamanya dari kejahatan manusia. Jauhkanlah kemungkaran dan dekatkanlah kebaikan kepada mereka.  


Anak adalah anugerah, anak juga adalah amanah. Tidak semua berpeluang menerima amanah tersebut. Oleh itu bagi mereka yang berpeluang, jaga la ia sebaik mungkin. Jangan sesekali sia² mereka. Inshaallah ganjaran menanti kita..ibu sayang anak² ibu...aQifAfif..

#Cabaran60HariUpdatedBlog #Day6 #Laptoprosaklambatpublish

Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Friday 20 June 2014

BERMASKER DENGAN VITAMIN SHAKLEE!

Assalammualaikum..

Okeh, ramai tak yang tau selain daripada kita makan vitamin Shaklee, kita juga boleh buat masker. haa jangan terkejut ye, memang kita boleh buat masker dari beberapa vitmin shaklee yang sudah semestinya akan memberikan kesan yang sangat best sekiranya kita mengamalkannya. Kulit jadi gebu,halus mulus, licin dan jerawat pun malu² segan nak singgah kat muke kite..hik³. Meh! lela nak share sket antara vitamin shaklee yang selalu di buat masker.




 1. ESP + Yogurt Plain
:: 1 cup yogurt Plain
::1 sudu ESp
::Gaul sampai sebati then tepek kan muka sampai kering
::Lagi fresh bila kita pakai lepas mandi

2.ESP + Vitamin E + Alfalfa
::1 sudu ESP, 1 kapsul Vita E & 1 kapsul Alfalfa
::Pecahkan alfalfa campur dgn ESP,
::Vita E pulak cucuk dgn jarum then campur sekali dgn Alfalfa & Esp & sedikit air.
:: tepek² la kat muke sampai kering
::untuk kecutkan jerawat, & gebu,haluskan kulit kita..

3.Vita E
:: Cucuk dengan jarum then sapu kan muke
::Pakai sebelum tido bangun pagi basuhla muka.
::paling senang, takyah bancuh²

haa..menarik tak? ni plak lela share testimoni cust yang dah pena cube bermasker ni :




Ingin mencuba? Nak dapatkan produk shaklee? Hubungi lela ok! ^__^

#Cabaran60HariUpdatedBlog #Day5
  


Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

B COMPLEX SHAKLEE APA KEISTIMEWAANNYA??


Assalammualaikum..

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita. So harini lela nak cite pasal kelebihan Bcomplex Shaklee dan kesan sekiranya kita kekerungan Vitamin B dalam badan kita. Firstly. jom kite baca hasil kajian pasa saintis shaklee dahulu berkenaan Vitamin B.. ^__^



 
>>Para saintis Shaklee telah mencipta Asid Folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (biovailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana,asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.Vitamin B complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting Vitamin B , termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan  keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh.vitamin B adalah vitamin  larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem perncernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B setiap hari.

KHASIAT UTAMA :

1. Menukar makanan kepada tenaga
  • Membantu penghadaman
  • Menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan
2. Melawan tekanan
  • Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
3. Membantu tumbesaran
  • menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2
  • membantu pembinaan DNA dan sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
4. Rambut beruban dan gugur
  • membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban
  • mengekalkan kesihatan rambut
5. Baik untuk mata
  • mengurangkan masalah keletihan mata
  • mencegah katarak
  • meningkatkan kualiti penglihatan
  • perkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus
6. Mencegah anemia
  • membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi
  • merangsang sirkulasi darah dalam tubuh
  • merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular
  • merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat atau laut
7. Meredakan senggugut
  • baik untuk masalah senggugut (PMS),
  • meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
8. Mencegah perlcche
  • dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis)
  • mencegah jangkitan lidah (glossitis)
  • nafas berbau
9. Detoksifikasi
  • meredakan alahan
TANDA KEKURANGAN VITAMIN B:
  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Pembentukan abnormal sel.
  • Kurang konsentrasi
Urin kuning selepas mengambil B-Complex Shaklee?
  • ini merupakan situasi normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut dan ia mengandungi elemen kekuningan
  • pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa
PERHATIAN
  • B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan
So kawan², ambillah vitamin Shaklee tanpa ragu² kerana vitamin shaklee semestinya selamat, berkesan & semulajadi. Ingin dapatkan keterangan lanjut & harga? hubungi saya seperti di bawah ok! ^__^

#Cabaran60HariUpdatedBlog #Day4



Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Wednesday 18 June 2014

BERPUASA UNTUK IBU HAMIL & MENYUSU

Assalammualaikum..

Pejam celik pejam celik tak lama je lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Kedatangan bulan Ramadan memang dinantikan oleh semua umat Islam. Bagi ibu hamil dan menyusu, ada pengecualian daripada menjalani ibadah ini jika tiada upaya. Namun demikian bagi yang tiada masalah mual dan loya, kedatangan Ramadan amat disyukuri kerana inilah peluang untuk berpuasa penuh dengan izin Allah SWT.

Bagi yang teruk ‘morning sickness’, jangan paksa diri untuk meneruskan puasa. Fikirkan keadaan diri dan anak yang dikandung terutama bakal ibu yang baru berada dalam trimester pertama.

Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti ringan. Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur. Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.Tip berikut mungkin boleh dijadikan panduan sepanjang menjalani ibadah berpuasa ketika mengandung:

Jika anda menyusu badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu.

Namun begitu, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia 1 thn  yang sihat dan sudah makan makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam.

Jika terdapat tanda-tanda berikut, sebagai panduan asas boleh berbuka puasa. Antaranya :
  • Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selama 30 min hingga sejam.
  • Rasa loya dan mula muntah sehinggakan tiada cara lain selain memakan ubat penahan muntah.
  • Rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan baunya sangat hancing, menandakan fenomena dehidrasi.
  • Mengalami sakit kepala, atau demam yang mana harus memakan ubat bagi menyembuhkan kesakitan dan demamnya.
  • Bagi wanita hamil jika umur kehamilan melebihi 20 minggu dan bilangan pergerakan bayi dalam rahim menjadi kurang daripada 10 kali pergerakan. Kekurangan pergerakan bayi menunjukkan bayi itu memerlukan nutrient dan berada dalam keadaan yang bahaya. Adakalanya apabila wanita itu berbuka puasa, pergerakan bayi dapat dirasakan semula.
  • Rasa sakit perut memulas-mulas seperti mahu melahirkan. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat diberikan kepada bayi dan proses kelahiran pra matang dapat dielakkan.
KETIKA BERSAHUR

>>Pastikan ibu bersahur dengan mengambil makanan yang mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.
>>Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
*Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau kurma cair.
 *Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak.
*Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
>>Elakkan minum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.


KETIKA BERBUKA

>>Mulakan dengan tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah), susu atau yogurt rendah lemak dan sup yang tidak pedas.
 >>Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
- sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera, protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang.
>>karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh dan banyak sayur-sayuran.
>>Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.

Ibu² juga boleh mencuba set shaklee mithy 3 Gems untuk tenaga sepanjang hari & menggelakkan dehidrasi. info lanjut --> cergas bertenaga dengan migthy 3gems

#Cabaran60HariUpdatedBlog #Day3
 
 
Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^