Sunday, 22 June 2014

PERMATA HATIKU..



                                                                                           

Assalaamualaikum...

Harini juz nak story pasal 2 org anak syurga ni yang bertahta dalam hati kami suamyistery. Anak kebanggaan ibuayah Muhammad Irham Aqif dan Muhammad Irham Afif anuegrah terindah dariNYA buat kami. Syukur alhamdulillah..mereka berdua membesar dengan penuh kasih sayang, sihat sempurna..
Dua²nya mempunyai sifat yang sangat berbeza, si abam lebih lembut hati dan penyayang, si adek keras hati dan lebih aggresif berbanding si abam. Jaga si adek lebih mencabar sangat mencabar. Ada je benda yang dia nak buat, merata² dia xplorer dan suka bagi ibu buat keje tambahan..huhu..Si abam n adek kalau bergaduh mesti si abam yang menangis dulu, belum penah lagi lela tengok adek menangis kalau bergaduh..memang tahan lasak sangat²! geram!!abam lagi manja dari adek, sangat² manja dan ingin dibelai sentiasa tapi 1 perangai aQif yang lela suke sangat bila dia sangat² caring. Kalau tengok lela saket, dia la yg datang tanya, pegang tempat saket & dudk je kat sebelah. kadang siap cakap 'abam nak jaga ibu' ..syahdu beb dengar..
Dari segi makan pulak, si abam suke western..spegethi, macaroni pizza kalau ada memang banyak la dia makan. Tang adek plak mesti nak pekena nasi. spegethi,mee ke bihun ke sume tak layan..hahaha.. ayah selalu cakap adek org kampung, suke makan lauk² kampung..hehe
mereka memang berbeza..memang seringkali menguji kesabaran kita, sangat² menguji tapi dalam masa yang sama, mereka menghiburkan, membahagiakan dan menyenangkan. Balik keje bukak pintu terkedek² dua² ni lari dapatkan ibu, pelok ibu cium ibu sorang²..hilang penat, hilang stress seharian kat opis. Indahnya perasaan itu. Alhamdulillah Allah beri peluang untuk lela rasai nikmatnya menjadi seorang ibu..syukur..

Ya Allah, aku berjanji padamu, aku akan menjaga anugerahmu ini sebaik mungkin dan memberi seluruh kasih sayangku pada mereka, membahagiakan mereka selagi nyawa dikandung badan. semoga mereka sentiasa dilindungiMU ya allah, menjadi anak yang soleh, berilmu, beriman dan bertaqwa kepadaMU. Lindungi la mereka dari segala apa jua keadaan terutamanya dari kejahatan manusia. Jauhkanlah kemungkaran dan dekatkanlah kebaikan kepada mereka.  


Anak adalah anugerah, anak juga adalah amanah. Tidak semua berpeluang menerima amanah tersebut. Oleh itu bagi mereka yang berpeluang, jaga la ia sebaik mungkin. Jangan sesekali sia² mereka. Inshaallah ganjaran menanti kita..ibu sayang anak² ibu...aQifAfif..

#Cabaran60HariUpdatedBlog #Day6 #Laptoprosaklambatpublish

Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

No comments:

Post a Comment