Tuesday, 24 June 2014

BANYAK MANA BABY MENYUSU SEAWAL KELAHIRAN?

Assalammualaikum..


Ramai ibu² mengeluh masa baru lahirkan anak cakap susu sikit la..baby tak kenyang la. Tahukah ibu² sekalian besar perut baby baru lahir hanya sebesar biji guli je..kecik kan? kecik kan? so sebab tu la baby kita cepat kenyang dan cepat lapar balik.

kat sini lela share anggaran kasar jumlah susu yang diperlukan bergantung pada faktor baby itu sendiri :
 
Usia bayi anda
                                  Jumlah susu setiap penyusuan
Hari 1(0 ke 24 jam)                             7ml (lebih sedikit dari sesudu kecil)
Hari 2(24 ke 48 jam)                           14ml (kurang sedikit dari 3 sudu kecil)
Hari 3(48 ke 72 jam)                           38ml (1.3auns bendalir)
Hari 4 (72 ke 96 jam)                          58ml (2auns bendalir)
Hari 5 (96 ke 120 jam)                        68ml (2.3auns bendalir)


Baby yang menyusu badan tidak memerlukan banyak susu di setiap penyusuan berbanding dengan baby yang minum susu formula akan mengambil jumlah yang lebih banyak daripada baby yang disusukan ibu. Baby yang diberi formula tidak dapat mengawal pengambilan susu mereka dengan cara bayi menyusu badan boleh.

Tanda-tanda yang anak ibu² menyusu dengan sempurna ialah:
  • Ibu² merasa payudara anda menjadi semakin lembut semasa penyusuan.
  • Ibu² mendengar dia menelan dgn sempurna perlahan lahan.
  • Baby memberhentikan sendiri penyusuan selepas kekeyangan.
  • Dia kelihatan tenang selepas menyusu.
  • Najis baby berwarna kekuningan dan dia membasahkan akan buang air kecil dalam jarak beberapa jam.
Baby yang baru lahir akan turun sedikit berat badan selepas dilahirkan, jadi ibu² jangan risau pulak ini semua normal kerana baby akan mula menambahkan berat badan menjelang usia baby 5 hari.

Namun, sebagai panduan, ibu² boleh menjangkakan penyusuan kolostrum akan mengambil masa 40 minit atau lebih. Sebaik saja susu badan mula keluar, baby ibu² akan menyusu antara lima dan 30 minit di satu payudara. Biarkan dia kosongkan payudara yang pertama dahulu sebelum beralih pada payudara sebelah lagi.

Jangan bimbang jika baby ibu tidak menghabiskan banyak masa menyusu. Setengah baby boleh mendapat kesemua susu yang diperlukannya dalam beberapa minit saja, yang lain mengambil masa yang lebih. Asalkan baby ibu² melekap dengan betul, menyusu dengan sempurna.. dia akan mendapat susu akhir yang kaya lemak di penghujung setiap penyusuan. Happy Breastfeeding ibu² sekalian.. ^__^

#Cabaran60HariUpdatedBlog #Day8



Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

No comments:

Post a Comment