Assalammualaikum..
Pejam celik pejam celik tak lama je lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Kedatangan bulan Ramadan memang dinantikan oleh semua umat Islam. Bagi ibu hamil dan menyusu, ada pengecualian daripada menjalani ibadah ini jika tiada upaya. Namun demikian bagi yang tiada masalah mual dan loya, kedatangan Ramadan amat disyukuri kerana inilah peluang untuk berpuasa penuh dengan izin Allah SWT.
Bagi yang teruk ‘morning sickness’, jangan paksa diri untuk meneruskan puasa. Fikirkan keadaan diri dan anak yang dikandung terutama bakal ibu yang baru berada dalam trimester pertama.
Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti ringan. Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur. Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.Tip berikut mungkin boleh dijadikan panduan sepanjang menjalani ibadah berpuasa ketika mengandung:
Jika terdapat tanda-tanda berikut, sebagai panduan asas boleh berbuka puasa. Antaranya :
- Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selama 30 min hingga sejam.
- Rasa loya dan mula muntah sehinggakan tiada cara lain selain memakan ubat penahan muntah.
- Rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan baunya sangat hancing, menandakan fenomena dehidrasi.
- Mengalami sakit kepala, atau demam yang mana harus memakan ubat bagi menyembuhkan kesakitan dan demamnya.
- Bagi wanita hamil jika umur kehamilan melebihi 20 minggu dan bilangan pergerakan bayi dalam rahim menjadi kurang daripada 10 kali pergerakan. Kekurangan pergerakan bayi menunjukkan bayi itu memerlukan nutrient dan berada dalam keadaan yang bahaya. Adakalanya apabila wanita itu berbuka puasa, pergerakan bayi dapat dirasakan semula.
- Rasa sakit perut memulas-mulas seperti mahu melahirkan. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat diberikan kepada bayi dan proses kelahiran pra matang dapat dielakkan.
KETIKA BERSAHUR
>>Pastikan ibu bersahur dengan mengambil makanan yang mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.
>>Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
*Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau kurma cair.
*Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak.
*Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
>>Elakkan minum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.
KETIKA BERBUKA
>>Mulakan dengan tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah), susu atau yogurt rendah lemak dan sup yang tidak pedas.
>>Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
- sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera, protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang.
>>karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh dan banyak sayur-sayuran.
>>Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.
Ibu² juga boleh mencuba set shaklee mithy 3 Gems untuk tenaga sepanjang hari & menggelakkan dehidrasi. info lanjut --> cergas bertenaga dengan migthy 3gems
#Cabaran60HariUpdatedBlog #Day3
Your Shaklee Independent Distributor :
Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Email: aqifleyla@gmail.com
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe
COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^
No comments:
Post a Comment