Tuesday 18 November 2014

USS AKU DATANGGGGGG!!!

Assalammualaikum...

Pada 07 November 2014 yang lepas ada trip ke Universal Studio Singapore (USS), ganjaran yang diberi untuk kemenangan kontigen MSC dalam sukan Telekom baru² ini. Semuanya ditanggung halal..Cume bawak badan & duit shopping saje..alhamdulillah rezeki..

Bertolak hari khamis pukul 12.30 tengah malam, berhenti solat subuh & mandi di RNR Gelang Patah kalau tak silap..selesai solat terus ke Singapore. Sampai Imigresen tengok dah berduyun kenderaan yang masuk. Semua berkejar² nak ke tempat kerja. Yang pompuan² dah tak control² ayu dah, lepas je chek passport memasing berlari ke bas, naik bas loncat kan, lambat tinggal konsepnye...  sampai ralit kitaorg yang dalam bas ni tengok orang berkejar kejaran. Gagah sungguh dorang ni demi mencari sesuap nasi.

Ok sampai USS dalam pukul 9pagi, USS bukak pukul 10pg.So ape lagi kitaorg abiskan masa dengan bergambar. Belum masuk USS lagi dah berkeping² tangkap gamba..kikiki..
memang best sangat² kat situ..Memang real dorang deco untuk setiap filem. Macam transformers, sume yang dalam filem transformers sume dorang letak kat situ.. Transformers tempat yang pertama lela pegi sebab nak jumpa bumble bee..hik². Mainan² yang ada kat situ pun sumenya osem! Ada tempat Hollywood, Transformers, Mummy, Waterworld, Far far away dan Madagascar yang sangat comel!!! Terbayang Irham lela, kalau dorang ade mesti lagi bes..(jiwa mak² sangat ingat anak..hehe)

Dari USS bukak sampai USS tutup kitaorg kat situ, itu pun ade lagi tempat yang kitaorg tak pegi. Pape pun memang puas hati & enjoy sangat². Keluar dari Singapore kitaorg Check in di Hotel Sentosa Johor. Keesokannya pukul 9.30pagi kitaorg check out balik ke Cyberjaya. Sebelum tu sempat jugak la singgah ke JPO untuk shopping lagi. Sampai cyberjaya dalam pukul 6petang..alhamdulillah rombongan kami selamat pergi & balik. Inshaallah jika ada rezeki lela nak bawak anak² & family ke USS.
1 ayat yang terkeluar dari mulut lela mase mula² sampai singapore ialah Bersihnya Singapore. Serius SIngapore sangat bersih. Selalu dengar orang cakap je, bila dah pegi sendiri memang bersih walaupun tandas dorang tak guna air, tapi takde pun bau busuk. Alangkah besnye kalau Malaysia pun macam Singapore.....

Gud Bye USS! Hope we will meet again! ^__^




Your Shaklee Independent Distributor :



Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Sunday 16 November 2014

SOLAT DHUHA

Assalammualaikum...



Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Ruang Waktu dan Waktu Afdal 

Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:


.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:


.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:


.
5.  Berdoa


Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
kredit : Shafiqolbu


Your Shaklee Independent Distributor :


Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Tuesday 4 November 2014

KEHADIRAN ORANG BARU YANG DINANTI

Assalammualaikum...

Pada 02 November 2014 bersamaan hari Ahad jam 3.19 petang, Kakak ipar lela telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Akhirnya muncul juga cicit perempuan pertama dalam keluarga arwah atok Osman & nenek lehar, juga merupakan cucu perempuan pertama utk mama & abah dan anak buah pertama perempuan bagi diri lela sendiri setelah sekian lama dikelilingi hero² kecil lelaki...alhamdulillah..

Aqif mula² agak emosional juga bila bagitau p.long nya dah dapat baby, maklumlah dia rapat & manja dengan p.long nya. takut kasih sayang berkurangan la tu..hehe..Tapi bila jumpa je baby terus sayang, hati budak kan...penuh kesucian & keikhlasan.
Afif pula macam biasa, selamber dia je la..tak paham pape lagi..Tetap sibuk dengan aktiviti dia sendiri. Budak kecik yang sentiasa sibuk 24 jam...pening kadang dibuatnye..hehe..abis baby dibeleknya, diciumnya..'bibi! bibi!' dia cakap..

Ok cite bebyk pun tak best, meh lela perkenalkan ahli baru dalam keluarga besar kami....Welcome to the World Princess ORKED AMEENA..

Hai nama saya Orked Ameena ^_^

Sedapnyeee bau baby..harumm!!!

semoga awak jadi anak yang solehah ye sayang..ibu love u..