Tuesday, 18 November 2014

USS AKU DATANGGGGGG!!!

Assalammualaikum...

Pada 07 November 2014 yang lepas ada trip ke Universal Studio Singapore (USS), ganjaran yang diberi untuk kemenangan kontigen MSC dalam sukan Telekom baru² ini. Semuanya ditanggung halal..Cume bawak badan & duit shopping saje..alhamdulillah rezeki..

Bertolak hari khamis pukul 12.30 tengah malam, berhenti solat subuh & mandi di RNR Gelang Patah kalau tak silap..selesai solat terus ke Singapore. Sampai Imigresen tengok dah berduyun kenderaan yang masuk. Semua berkejar² nak ke tempat kerja. Yang pompuan² dah tak control² ayu dah, lepas je chek passport memasing berlari ke bas, naik bas loncat kan, lambat tinggal konsepnye...  sampai ralit kitaorg yang dalam bas ni tengok orang berkejar kejaran. Gagah sungguh dorang ni demi mencari sesuap nasi.

Ok sampai USS dalam pukul 9pagi, USS bukak pukul 10pg.So ape lagi kitaorg abiskan masa dengan bergambar. Belum masuk USS lagi dah berkeping² tangkap gamba..kikiki..
memang best sangat² kat situ..Memang real dorang deco untuk setiap filem. Macam transformers, sume yang dalam filem transformers sume dorang letak kat situ.. Transformers tempat yang pertama lela pegi sebab nak jumpa bumble bee..hik². Mainan² yang ada kat situ pun sumenya osem! Ada tempat Hollywood, Transformers, Mummy, Waterworld, Far far away dan Madagascar yang sangat comel!!! Terbayang Irham lela, kalau dorang ade mesti lagi bes..(jiwa mak² sangat ingat anak..hehe)

Dari USS bukak sampai USS tutup kitaorg kat situ, itu pun ade lagi tempat yang kitaorg tak pegi. Pape pun memang puas hati & enjoy sangat². Keluar dari Singapore kitaorg Check in di Hotel Sentosa Johor. Keesokannya pukul 9.30pagi kitaorg check out balik ke Cyberjaya. Sebelum tu sempat jugak la singgah ke JPO untuk shopping lagi. Sampai cyberjaya dalam pukul 6petang..alhamdulillah rombongan kami selamat pergi & balik. Inshaallah jika ada rezeki lela nak bawak anak² & family ke USS.
1 ayat yang terkeluar dari mulut lela mase mula² sampai singapore ialah Bersihnya Singapore. Serius SIngapore sangat bersih. Selalu dengar orang cakap je, bila dah pegi sendiri memang bersih walaupun tandas dorang tak guna air, tapi takde pun bau busuk. Alangkah besnye kalau Malaysia pun macam Singapore.....

Gud Bye USS! Hope we will meet again! ^__^




Your Shaklee Independent Distributor :



Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

No comments:

Post a Comment