Walaupun herba atau jamu diperbuat daripada bahan semulajadi, tetapi ia tidak semestinya selamat terutama bagi ibu yang menyusukan bayi. Banyak herba mengandungi bahan-bahan yang mempunyai kesan serupa dengan ubat-ubat tertentu melalui susu ibu. Ia berpotensi membahayakan ibu dan bayi yang disusukan.
Contohnya, asid nikotin dan sebatian coumarin yang ditemui dalam halba (fenugreek) boleh memberi kesan kuat kepada degup jantung, tekanan darah, gula dalam darah dan fungsi tubuh yang lain.
Jika ibu mengambil halba secara teratur dalam jumlah yang besar, bayi juga boleh mengalami gejala sama. Ini kerana pengaruh dan kosentrasi bahan yang berbeza ditemui dalam teh, cecair, pil, dan suplemen makanan dapat berubah-ubah.
Oleh itu ibu yang menyusukan anak harus berhati-hati dan selektif dalam penggunaan ubat herba atau jamu. Ibu menyusu boleh mengamalkan pengambilan teh herba yang tidak mengandungi farmakologis yang kuat.
Teh kulit kayu manis berperisa oren, teh serai, teh rasberi dan moringa adalah pilihan yang baik. Pilihan teh lain yang baik adalah teh yang diperbuat daripada rosehips yang mengandungi banyak vitamin C.
Tahukah anda
Mengambil jamu dalam tempoh 14 hari selepas bersalin sebenarnya meningkatkan risiko bayi mendapat jaundis. Apatah lagi jika anda memiliki darah jenis O.
Jika ibu pernah berhadapan dengan masalah anak jaundis sebelum ini, kemungkinan untuk anak seterusnya menghadapi masalah yang sama adalah besar.
haa apa kata ibu2 semua kita berpantang cara moden dengan set berpantang SHAKLEE! Pasti anda merasai kelainannya kesannya amat2 positif sekali..Saya sudah mencuba! anda bila lagi!
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, boleh hubungi saya seperti yang tertera di bawah :-
Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin ini melalui pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia ^_^
No comments:
Post a Comment