Monday, 21 January 2013

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET!




Assalammualaikum..

Khas untuk mereka-mereka yang menghadapi masalah kesihatan sendi - ADVANCED JOINT HEALTH TABLET dapat membantu anda!!
Jom kita baca beberapa perkara penting yang perlu kita ketahui mengenai kesihatan sendi.

KESIHATAN SENDI.
Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecair sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) yang memberikan keselesaan antara tulang-temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

SAKIT SENDI DAN KETIDAKSELESAAN
Semakin umur meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan sendi dan pergerakan terbatas.
Bagi jutaan orang yang mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan pun terasa begitu mencabar.
Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif, pencegahan awal boleh menjadikan sendi anda sihat pada masa yang akan datang. Sama ada anda mengidapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi anda mendapatkan nutrisi sendi seiring peningkatan usia.

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%

Pernah terasa sakit bahu? 
Rasa tegang semacam? 
Sering sakit bahu belikat apabila duduk lelama mengadap PC? 
Sakit Pinggang??
Bila pakai High heels selalu sgt, sakit pulak sendi2 kaki, pernah???
Bila tunduk atau rukuk / duduk antara 2 sujud (masa solat), maka berkumandanglah keriok-keriok kat sendi. Pernah???


Selalunya, semua ni kita anggap sbb pengambilan kalsium yang tak cukup kan? Tapi sedar tak anda, ia bukan sekadar tak cukup kalsium. Itu tandanya anda mengalami sakit sendi yg "mild"

Puncanya?? Tahukah anda kekerapan melakukan aktiviti seperti kedudukan poster yg tak betul yg terlalu lama, sering dukung anak, tidur yang salah posisi dan juga sering mengangkat benda-benda berat, boleh mengundang sakit bila kekerapan aktiviti-aktiviti ni secara longterm... maka terjadi la :-


1. sakit sendi lutut
2. sakit sendi tangan
3. sakit sendi kaki
4. sakit sendi bahu
5. sakit sendi siku

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya seperti yang tertera di bawah :-



Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin ini melalui pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia ^_^

 

Vita-Lea Iron Formula Shaklee


Assalammualaikum..

Pernahkan anda mengambil multi vitamin?? tak kisahlah jenama ape asal kan muti vitamin. Multi vitamin tu merupakan pelbagai vitamin yang dikumpul menjadi sebiji vitamin sahaja, itulah multivitamin. Amalan pengambilan multi vitamin amatlah digalakkan kerana ia dapat membantu kita memenuhi keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan dalam badan kita. Pengambilan setiap hari juga boleh memberi 1001 kebaikan untuk jangka masa panjang.

Vita-Lea® Iron Formula


Meh saya nak cite sket pasal multi vitamin dari shaklee yang diberi nama VITALEA IRON FORMULA

APAKAH KELEBIHAN VITALEA ?

>>Ianya dikatakn KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel. ia seumpama 2 biji VITALEA bersamaan 40 jenis hidangan lauk...Bermakna, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 biji VITALEA ianya samalah dengan 40 hidangan jenis lauk..ehem2...mampu ke awok2 sume nak makan sampai 40 jenis lauk tu?mampu ke idokkk...hehe
Ada sesetengah kajian mengatakan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang sihat dan yang menjaga pemakanan seimbang. Asasnya semua masalah kesihatan memerlukan vitalea. Ini kerana di dalamnya mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia


KENAPA VITALEA SHAKLEE??

>>kerana Vitalea mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.
 :: 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah
kerosakan fungsi imun berpunca daripada
radikal bebas
 :: 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan
tulang
 :: 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan
rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
 :: 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk
vitamin A yang lebih biopotent
 :: 3 kali lebih selenium untuk melindungi
paru-paru, kolon dan prostat
 :: 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong
proses pembinaan tulang
 :: 6 kali lebih boron untuk menyokong
kesihatan tulang
 :: 10 kali lebih Biotin yang menyokong
proses pengeluaran tenaga

SIAPA YANG PERLUKAN VITALEA SHAKLEE??
  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  • Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
  • Individu yang menopous
  • Wanita yang baru bersalin
>>Secara umumnya, untuk semua orang dewasa yang pentingkan kesihatan optimum. Lebih-lebih lagi kepada penggemar makanan segera, suka makan di luar, dan yang makan ikut selera – bukan ikut gizi seimbang.
Mengandungi Beta Carotene yang membantu mengekalkan pertumbuhan badan, mengawal masalah penglihatan & membantu pembentukan tisu badan.
Diformulasi dengan Iron yang penting untuk pembentukan sel darah merah di dalam badan.


Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut..kerana :-
* ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut
* peraiaran / laut yang telah tercemar
* tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya
* selain itu, ianya bukan mudah untuk didapati dan harga yang tidak menentu.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya seperti yang tertera di bawah :-

 

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin ini melalui pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia ^_^

Thursday, 10 January 2013

My aQif Turn 2!!

Assalammualaikum..
10.01.2011 - 10.01.2013 ~ Alhamdulillah anak ibu Muhammad Irham Aqif dah 2tahun.Membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang dari kami sekeluarga. sekejap sangat rase masa berlalu macam x percaya je anak ibu dah 2thn.Rase macam baru je dia lahir, terbayang² lagi saat melahirkan dia.dah besyar dah skrg..
Perkembangan aQif skrg ni dah pandai cakap sket², mulut pun boleh tahan becoknye..berckp je x brenti walaupun banyak lagi patah² perkataan yang ibuayah tak paham lagi kan..kami ye kan je bile dia mcm mintak respon dari kami..hehe..kelakar bile ingat, blh buat aku senyum sensorang..Dia la penghibur kami saat² bosan x bosan pun tetap terhibur dgn keletah dia..Pandai ikut ape yg kite buat ke ckp ke..cpt je dia belajar. itu yang agak isau sket klu dia dgr org ckp @ buat bende yang x elok. takut dia mengikut.Bile ajak berzikir dah boleh ikut walau dengar ujung² je..menyanyi pun blh tahan, setakat lagu muara hati-hafiz n siti nurhaliza tu kacang je bg aQif nak plak tang korus tu..hehe..sb ibu dia layan cite adamhawa tu psl la dia slalu dgr lagu tu..hik³.
 semalam ktorg just celeb simple je..mmg ingat nak buat majlis dia tapi aku n en suamy plan nak buat skali dgn kenduri adek dia nanti. tapi mungkin lambat sket la adek dia ni pun belum lagi ade tanda² nak kuar..lagipun keadaan aku skrg yang sedang menghitung hari je ni, mmg x larat la nak masak² bagai. Kebetulan atuk n wan dia ajak pagi makan kt tanjung harapan klang, tempat feveret kami sekeluarga.So aku n en. suamy ikutkan je. Pagi tadi pun tem anta kt umah pengasuh dia, aku dah siap² beli cup cake tuk dia makan ngn kawan² dia. Pengasuh dia ckp menyengeh je tem nyanyi lagu besday.mcm paham je..mlm tadi pun same gak, malu² bile ktorg sume nyanyi tuk dia. dah pandai malu dah anak ibu skrg..hehe..gedix!
1st time aku tgk kat muara tu x ramai org, tenang je nk pilih seafood klu x nk memilih pun kene beratur bagai ape tah lagi nk pilih meja...kene cepat la gi cop.Klu x dapat dok ujung² je la..xleh nk view laut..huhu..mayb smlm tem hari keje kan sb tu la kot x ramai org..Boleh makan dgn tenang..hehe..Lepas je makan smlm amik angin pantai jap pastu ktorg pun gerak balik memandangkan esok kene keje kan..Sampai je umah besday boy terus tido..kepenatan agaknye berlari keliling tmpt makan tu..jenuh jgk ayah, atok n p.long dia mengejar..hehe..lasak kemahen anak ibu neh!
Apapun Ibu nak ucapkan selamat hari lahir untuk anak kesayangan ibuAyah Muhammad Irham aQif. semoga aQif jadi anak yang soleh, jadi abang yg baik utk adek² nanti, & yang paling penting menjadi hamba Allah yang akur akan perintahNYA. IbuAyah sentiasa mendoakan yang terbaik utk aQif & kami teramat sayang sangat kat aQif..Love u so much sayang ibu...

** Terima kasih ya rabb atas kurniaan anugerah yang terindah dari MU ini..Selagi jantung ku masih berdegup, selagi itu akan ku jaga sepenuh nyawa ku untuk memberikan yang terbaik utk dia. Tak pernah kurasa bahgia sebelum ini sehingga la saat aku rase ade denyutan nadi kecil dlm rahimku, saat aku pertama kali merasa gerakan² comel dalam perutku, saat aku mendengar tangisan pertama dia, saat aku dan dia bertentangan mata & saat aku melihat dia membesar di depan mataku..sungguh indah perasaan menjadi seorang ibu. terima kasih ya Allah kerana memberiku peluang untuk menikmati saat² bahagia itu disamping suamy tercinta. Dia la kegembiraan, kebahgian, suka duka kami sekeluarga Muhammad Irham Aqif  B. Abd Rashid.semoga dia sentiasa dibwh lindungan rahmatmu ya ALLAH..amin..**





u alwayz be my baby..

shayang kamu ketat²

Sunday, 6 January 2013

Austin Steak House

Assalammualaikum...

Dah lame sebenarnye mencari tempat ni..tgk review n cite kwn² tempat ni sedap dia punye chicken chop. Dulu penah jgk cari, tp x jumpa last² hubby ajak mkn kat D'one steak..hhmm ok not bad food dia..
selasa aritu kebetulan cuti tahun baru, rengek² ngn en suamy ajak makan kt Austin..cakap dengan dia nk mkn jugak b4 deliver, alasan paling mujarab ialah TERINGIN..pdhal xde la teringin sgt..sj ngade²..hik³.
Lepas magrib ktorg pn gerak ke bangi..carik punye carik x jumpa² jugak..abis 1 bangi tu rasenye en suamy pusing²..aku dah mule rase giveup ckp kt en suamy mkn kt tempat lain la..tp en suamy ckp 'sabar..jumpa ni nnt,cepat ngn lambat je'..bersemangat sang suamy menunaikan hasrat isterynye yg membuyung ni..hehe..
Akhirnye, jumpe jgk ktorg tempat yang dihajati..Dah lalu dah sebenarnye jln ke tempat tu cume x dan sampai kt shop lot tu en suamy dah pusing cari blah lain..nasib tetibe dia ckp tergerak ati nk pusing blk..huhu..thanks suamykuuu..
sampai je, tgk² menu en suamy terus order chicken chop gril mmg feveret dia la tu..tanpa berfikir pnjang trs order..hik³, aku pulak dah puas dok pikir² nk mkn pe, last² aku pilih chicken golden blue n si jantung hati kami, aQif aku order kan spegethi..memang betul la ape yg aku baca kt tenet pasal tempat ni..memang sedap n harganye pun xde la mahal mcm kt tempat² lain..memang berbaloi la pegi situ walaupun terpakse tawaf bangi 3,4 kali..hehe...tgk tempat tu pun makin lame makin ramai org datang, tapi serve memang cepat la..x perlu tunggu lelama..kejap je makanan sampai..en. suamy siap ckp len kali klu nk makan western g Austin je..puas ati..lega ati dgr suamy punye komen..mlm boleh tido senyum, dah dpt mkn kt tempat yg di dihajati..usap² perut, ckp ngn adek klu nk kuar dh boleh dah, ibu dah dapat mkn chicken chop kt Austin..ekekekeke...gedix oo ibu..


dap buu..

x sabo tgk ayah punye dapat dulu..hehe

Ni aQif punye..
aQif mkn suku je yg lain ibuayah dia la jd mangsa kene abiskan

Ni ibu punyeeee..yeaayyy

yang ni ayah punye..dap²

Tuesday, 1 January 2013

Welcome 2013!!

Assalammualaikum..

dah lame rasenye x mengupdate blog..maklumla tgh menghitung hari skrg ni,sume bende rase xlarat nk buat..nk buat entry pn rase mcm xde idea je nk mengomel..hari ni plak tetibe rase ade mood nk wat story..
alhamdulillah dah tahun baru skrg ni..masih diberi peluang bernafas di muka bumi ALLAH swt lagi..thn 2012 mlm tahun baru aku sambut kt hsptl ngn aqif..sedey dgr bunyi bunga api berdentum²..dpt tgk kt tgkp hsptl putrajaya je..huhu..
tapi tahun ni dpt gak g tgk bunga api..bukan xcited sgt pn nk celebrate beria p tgk konsert bagai..just suke tgk bunga api yg cantek² je..blk kje isnin aritu en. suamy dah mengajak g tgk bunga api..xcited nk bwk aqif katenye n jln2 sblm aku kne kurung berpantang..hehe..ikutkan hati mmg mls nk berjln²..bukan ape, dgn keadaan aku yg mcm ni jln setapak dua pn dh mengah2 nikan pulak nk g tmpt org yg crowded²..tp ble tgk en. suamy beria ajak, rase x sampai ati pulak nk tolak..so mlm tu kul 10.30 lebih kurang ktorg pn gerak ke putrajaya..putrajaya je tmpat yg confirm x jem sb byk jln + dekat sket ngn umah kan..
samp pun dlm kul 11 mcm tu..tem tu AMBANK ade wat konsert ambang 2013  kt putrajaya, ktorg pn decide lepak kt ctu je..bukan nk tgk konsert sgt pun..retis ape yg nyanyi² kt pentas tu pn aku x tau..dengar² gtu je..lebih melayan kerenah aqif dok men pistol buih²..ktorg pegi dgn suamy BF aku  n anak dia..BF aku tu x ikut sb tgh berpantang..kebetulan hubby ktorg mmg kamceng tu yg en.suamy ajak follow ktorg skali..atleast aqif ade la kwn nk memain..
tepat kul 12 je start la pertunjukkan bunga api..memula tu aqif punye la takut..nk berdokong je..dh spoil mood dh kt ctu..ye la beria je ayahnye nk bwk dia tgk bunga api last² dia takut plak..tapi lelama tgk bunga api tu dia xcited plak..siap tunjuk 'bu..nge api bu..'ati dh lega la dgr..mungkin dorang mainkan bunga api tu selama 15mnt, so tu agaknye wat aqif jd cool sket tu..tp bile dah lame sgt bunga api tu aku plak yg jd takut..tetibe rase mcm kt gaza plak..dalam ati terpk gak, mcm ni la agaknye kt gaza tu ek..bunyi berdentum² mcm ni..tetibe rase bersyukur sb ditakdirkan hidup dinegara yg aman damai mcm ni..alhamdulillah..
abis je bunga api ktorg pun gerak blk..sampai umah, en.suamy kne kerah picit kaki & pinggang sb byk sgt berjalan..hehe..
ape yg aku arapkan tahun ni semoga hidup aku sekeluarga sentiasa di rahmati ALLAH swt & dengan kehadiran bakal org baru dlm idup kami nnt akan menambahkan lagi kebahagiaan dlm hidup kami..in shaa allah..love my family so much..


sibuk men bende tiup² tu

Hero² ibu

anak manje ibu neh

leka men pistol buih

dah mule boring


dengan kakak Qcha

kesayangan ibuayah

SELAMAT TAHUN BARU!!!

penat sgt blk tgk 'nge api'