Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berusia kurang daripada enam bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen (usus, perut, hati, limpa, pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
Antara punca masalah kembung perut adalah:
a.Cara menyusu dengan botol (jika bayi menyusu susu formula) yang tidak betul iaitu terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai (terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan perut kembung. Bayi mesti disendawakan selepas menyusu.
b. Bayi terlalu kerap menangis, terlalu aktif kerana rangsangan berlebihan pada hari tertentu turut menyebabkan masalah kembung perut.
c. Penghadaman susu yang kurang sesuai menghasilkan banyak gas.
Kaedah urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut dan teknik urutan seperti infant massaging boleh membantu melegakan bayi dan dia kembali selesa.
CARA MENGETAHUI BAYI ANDA SEDANG TERKENA KEMBUNG PERUT
1) Bayi akan nangis walaupun pelbagai cara anda dah buat seperti mendodoikan, membuaikan, memberi susu.. bayi tetap nangis juga
2) Perut bayi kelihatan seperti membuncit sedikit
3) Letak tapak tangan anda di atas perut dan ketuk dengan sebelah tangan lagi di atas tapak tangan tadi, bila bunyi seperti perut anak anda kosong dan dipenuhi angin, kebarangkaliannya anak anda memang sedang terkena kembung perut
4) Rasa di bahagian betis bayi anda, sekiranya keras dan tegang, ini juga kemungkinan yang besar anak anda sedang kembung perut.
CARA MENGATASI APABILA BAYI ANDA SEDANG MENGALAMI KEMBUNG PERUT
1) Sapukan sedikit sahaja minyak yang tidak begitu panas seperti minyak telon atau minyak yu yi atau vick di perut, tapak kaki, belakang badan dan di betis anak.
2) Pakaikan barut atau kain yang boleh membalut perut anak anda untuk menghangatkan perut bayi
3) Baringkan bayi dalam keadaan meniarap, tepuk dengan perlahan-lahan dan urut pelahan belakang bayi supaya angin dapat keluar melalui kentut atau sendawa..
4) Pakaikan stokin supaya kaki bayi hangat
5) Boleh juga berikan sedikit sahaja Gripe Water - ikut sukatan mengikut umur yg di beri
6) Tuam perut anak menggunakan kain yg diletakkan seketika di alat pemanas seperti seterika
7) Berdoa dan bacalah ayat-ayat al-quran.. minta anak anda cepat la sembuh dan berhenti menangis
Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normal walaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan dan ada cara untuk mengatasinya. Masalah ini sepatutnya akan hilang apabila bayi semakin membesar. Namun, jika masalah kembung perut disebabkan oleh penyakit yang serius, jangan berlengah untuk membawa bayi berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.