Friday, 22 August 2014

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG : MERAWAT CYST DENGAN GLA COMPLEX

 Assalammualaikum..
 
Anda mengalami Cyst dan haid tidak teratur?
 
Apa itu Cyst?
 

Ovarian cyst merupakan satu bentuk ketumbuhan yang secara majoritinya terdiri daripada cecair di dalam dinding selaput yang nipis. Ovarian cyst terletak di dalam ovari seorang wanita dan kebiasaannya lewat untuk dapat dikesan kewujudannya. Ketumbuhan ini boleh menjadi semakin membesar dari sebesar saiz sebiji batu kecil, sehinggalah ke saiz sebiji buah tembikai.
Menurut kata Dr.Zubaidi Hj.Ahmad, Ovarian Cyst bukanlah bersifat penyakit. Dr.Zubaidi juga berkata, 
"Pada wanita yang normal, setiap kali kitaran haids, organ ovari akan membentuk gelembung dinamakan ovarian folikel. Ia mengandungi ovum, yakni benih wanita. Selepas ovum dikeluarkan, ovarian folikel ini akan mengecut, tetapi ada sesetengahnya terus membesar melebihi 2cm. Ini dinamakan ovarian cyst." 

Kebanyakan wanita mula sedar yang mereka ada Ovarian cyst selepas menjalani ujian ultrasound untuk mengenal pasti tahap kesuburan mereka. Ovarian cyst yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional cyst. Ia tidak merbahaya melainkan jika saiznya semakin membesar dan terus membesar.

Bagaimana Merawat Cyst Ovari?

    • Doktor akan ‘tunggu dan lihat’ sebab kadang kala cyst mengecut dan hilang dengan sendiri
    • Jika membesar dan makin serius, cyst akan dibuang melalui pembedahan
    • Rawatan hormon untuk menyeimbangkan hormon dan mengelakkan pembentukan cyst.


Mencari alternatif mengubati Cyst?

Lela cadangkan GLA Complex dapat membantu mengatasi masalah Cyst anda.
Kenapa GLA Complex ?
    • GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang diperlukan badan untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berupa hormon yang mengawal keradangan dan mengawal atur proses badan yang normal.
    • Jadi dengan menambahkan kuantiti prostaglandin dalam badan, ia dapat mengecutkan cyst dan mengawal imbangan hormon untuk mengelakkan pembentukan cyst baru sekaligus merawat masalah cyst anda.
Selain daripada tu GLA juga membantu :

» Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid

» Membantu meningkatkan kesuburan
» Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
» Membantu dalam menangani menopaus
» Mengecilkan saiz cyst
» Menguatkan kuku dan rambut
» Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
» Membantu menangani ekzema
» Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
» Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
» Menguatkan imuniti tubuh
» Memperlahankan proses penuaan
» Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
» Mengawal kencing manis dan darah tinggi
» Mengawal kolesterol
» Untuk fungsi saraf



Testimoni :
 
 
 
Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Sunday, 17 August 2014

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG: KENAPA SAYA TIDAK BOIKOT SHAKLEE

Assalammualaikum..

2,3 hari ni kecoh di laman FB berkenaan dengan hal Shaklee yang dikatakan menyalurkan dana untuk Israel..isk² bulan² raya ni buat cite tak best macam ni..takmo takmo..
ok kat sini saya nak jelaskan serba sedikit agar dapat menghilangkan rasa ragu² korang semua terhadap produk shaklee.

firstly, berdasarkan kpd kenyataan Ustaz Zaharuddin dlm blog beliau (zaharuddin.net)

1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-

a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam.

b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.

Syarat Sebelum Sebaran :

Adalah diingatkan, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.

Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.

Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك

Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

Dr.MAZA mengatakan kita tidak memboikot produk Yahudi, tapi produk Israel atau yg menyumbang pd Israel.

"Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya."

Shaklee juga tak ada dalam list Inminds, produk/ company yg kena boikot. Malah, bisnes Roger Barnett yg lain selain Shaklee -Burberry dan Beauty.com pun TIDAK ADA DISENARAIKAN dlm senarai yg kena boikot.


Kesimpulan :

Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -

a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)  serta tempoh lesen masih hidup,

b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,

c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,

d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.

Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.


Kenyataan bertulis dari Shaklee :




Kenyataan dari Roger Barnatt :



 Sijil halal dari Jakim & tempoh lesen masih hidup :




Jadinya... Saya masih dengan shaklee & masih menjual Shaklee.
Ingin dapatkan produk Shaklee?
Jangan lupa hubungi saya! ^_^


Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Wednesday, 6 August 2014

CARA PENYIMPANAN / PENGURUSAN SUSU IBU

Assalammualaikum..

Harini Lela nak share tentang cara penyimpanan/pengurusan susu ibu. Anak kedua lela Irham Afif dapat lela berikan susu badan sepenuhnya sejak lahir..Perasaan seronok sangat dan rase lebih dekat dengan dia sebab nak tido ke haus ke dia akan cari ibu, Afif juga lebih sihat dan kurang sakit berbanding abangnya Irham aQif. Masa time aQif kurang pengetahuan tentang penyusuan susu ibu, lela dapat susukan dia sampai 6bulan sahaja. lepas je aqif berhenti susu badan dia kerap sangat sakit. Masa tu la lela sedar bertapa berkhasiatnya susu ibu untuk anak² kita membesar. Itu yang lela tekad untuk beri susu ibu kat afif walau ape pun dugaan yang menanti..alhamdulillah niat lela di izinkan ALLAH SWT.

Ok back to the topic, meh baca kat bawah ni ^_^




Untuk menyimpan susu ibu, pilih bekas yang telah disterilkan dan bertutup dengan rapat.
  • Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
  • Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.

Anda boleh menyimpan susu badan:
  • Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama empat jam.
  • Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.
  • Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan.
Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.

Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:

  • Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
  • Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
  • Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.

Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.

Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut


i'm a breastfeed mother and I Love Breastfeeding!!! ^__^



Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Tuesday, 5 August 2014

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG : SET KURUS SHAKLEE

Assalammualaikum...

Disepanjang bulan Syawal ni mesti kita banyak makanan yang mengandungi banyak kolesterol & lelemak yang berlebihan..Lemang, ketupat, rendang memang yummehhh.. lupe sume diet miet kite kan..
Ape kata kite buang lelemaks kite yang berlebihan tu dengan vitamin superb Shaklee. Baru la penimbang tu tak menyenget ke kanan..kalau penimbang tu menyenget ke kiri lega sket kan...senyum sampai ke telinga.
Lela cadangkan Herblax, Lechitin & Alfalfa untuk membuang segala bahan² yang tak diperlukan dalam badan kita.

Lela sendiri pun memang mengamalkan 3 vitamin ni lebih² lagi kalau dalam sehari tu banyak sangat makan makan & makan..hehe

Apa fungsinya Set Kurus Pilihan Shaklee??

★alfalfa
-utk mengeluarkan toksin dan mengeluarkan bahan2 perkumuhan secara berkesan
-menurunkan kadar kolesterol dlm badan
-melegakan rasa kebas dan sakit sendi


★lecithin-memecahkan lemak dan membantu mengurangkan berat badan
-menurunkan paras kolesterol dlm serum
-menggalakkan fungsi optimum otak


★Herbalax- Membersihkan najis yang tersekat/ tersimpan lama dlm tubuh
- Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
- Membantu masalah sembelit
- Mengempiskan perut
- Melawaskan pembuangan air besar


JOM kita kurus dengan shaklee!! ^__^




Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Sunday, 3 August 2014

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG : GLA COMPLEX SHAKLEE ~ PROMO OGOS14

Assalammualaikum..

Produk Promo bulan Ogos14 kali ini adalah GLA Complex. Bagi yang memang pengguna tegar GLA Complex ni jangan lepaskan peluang grab peluang ni..Buy 6 free 1, boleh pakat² kongsi² dengan kawan² opis beli reramai. memang berbaloi sangat!
Nak tau keistimewaannya..meh lela nak story lebih lanjut..



APA ITU GLA COMPLEX?

GLA Shaklee diekstrak dari Borage yang ditanam secara organik yang mengandungi GLA Complex semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang mudah terserap. Ia adalah lebih dua kali ganda GLA Complex yg terkandung dlm EPO.
Setiap kapsul  GLA Complex mengandungi lebih 300mg GLA Complex di mana ia sumber terbaik Omega-6. Ia turut mengandungi minyak sunflower dan juga Vitamin E.
Yang paling penting  GLA Complex tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Vitamin GLA Shaklee sesuai untuk membantu terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, masalah monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis

KEBAIKAN GLA COMPLEX SHAKLEE ADALAH :

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan/ Sukar Hamil.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.
. Membaiki masalah prostat (lelaki)
Kelebihan GLA SHAKLEE  kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA Shaklee juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.
Selain itu GLA SHAKLEE mampu meningkatkan tahap kesuburan wanita. Bagi mereka sukar hamil dan inginkan zuriat,memang disarankan anda mengambilnya siapa tahu kan, dengan izin Allah… In Shaa Allah anda hamil…

Beminat? jangan malu jangan segan untuk hubungi lela ok! ^_^ 



Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^