Sunday, 17 August 2014

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG: KENAPA SAYA TIDAK BOIKOT SHAKLEE

Assalammualaikum..

2,3 hari ni kecoh di laman FB berkenaan dengan hal Shaklee yang dikatakan menyalurkan dana untuk Israel..isk² bulan² raya ni buat cite tak best macam ni..takmo takmo..
ok kat sini saya nak jelaskan serba sedikit agar dapat menghilangkan rasa ragu² korang semua terhadap produk shaklee.

firstly, berdasarkan kpd kenyataan Ustaz Zaharuddin dlm blog beliau (zaharuddin.net)

1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-

a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam.

b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.

Syarat Sebelum Sebaran :

Adalah diingatkan, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.

Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.

Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك

Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

Dr.MAZA mengatakan kita tidak memboikot produk Yahudi, tapi produk Israel atau yg menyumbang pd Israel.

"Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya."

Shaklee juga tak ada dalam list Inminds, produk/ company yg kena boikot. Malah, bisnes Roger Barnett yg lain selain Shaklee -Burberry dan Beauty.com pun TIDAK ADA DISENARAIKAN dlm senarai yg kena boikot.


Kesimpulan :

Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -

a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)  serta tempoh lesen masih hidup,

b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,

c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,

d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.

Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.


Kenyataan bertulis dari Shaklee :




Kenyataan dari Roger Barnatt :



 Sijil halal dari Jakim & tempoh lesen masih hidup :




Jadinya... Saya masih dengan shaklee & masih menjual Shaklee.
Ingin dapatkan produk Shaklee?
Jangan lupa hubungi saya! ^_^


Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

1 comment: