Wednesday 6 August 2014

CARA PENYIMPANAN / PENGURUSAN SUSU IBU

Assalammualaikum..

Harini Lela nak share tentang cara penyimpanan/pengurusan susu ibu. Anak kedua lela Irham Afif dapat lela berikan susu badan sepenuhnya sejak lahir..Perasaan seronok sangat dan rase lebih dekat dengan dia sebab nak tido ke haus ke dia akan cari ibu, Afif juga lebih sihat dan kurang sakit berbanding abangnya Irham aQif. Masa time aQif kurang pengetahuan tentang penyusuan susu ibu, lela dapat susukan dia sampai 6bulan sahaja. lepas je aqif berhenti susu badan dia kerap sangat sakit. Masa tu la lela sedar bertapa berkhasiatnya susu ibu untuk anak² kita membesar. Itu yang lela tekad untuk beri susu ibu kat afif walau ape pun dugaan yang menanti..alhamdulillah niat lela di izinkan ALLAH SWT.

Ok back to the topic, meh baca kat bawah ni ^_^




Untuk menyimpan susu ibu, pilih bekas yang telah disterilkan dan bertutup dengan rapat.
  • Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
  • Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.

Anda boleh menyimpan susu badan:
  • Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama empat jam.
  • Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.
  • Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan.
Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku.

Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut:

  • Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
  • Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
  • Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.

Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.

Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut


i'm a breastfeed mother and I Love Breastfeeding!!! ^__^



Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

No comments:

Post a Comment