Tuesday, 25 February 2014

SIJIL HALAL SHAKLEE 2014

Assalammualaikum..

Sebenarnya agak terlewat jugak lela nak post sijil ni..tapi takpe la kan..janji ade..
Baru² ni kecoh mengenai banyak produk yang tidak halal, produk shaklee pun ade jugak terkena tempiasnya. kat sini lela sertakan sijil halal shaklee untuk tahun 2014 yang dikeluarkan pada 27 January 2014 bersamaan 26 Rabiul Awal 1435H. So lepas ni harap tak ade lagi terdengar suara² sumbang yang cakap shaklee tak halal ye..

Untuk pengetahuan anda semua, sijil halal Shaklee ni dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA) yang merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM. boleh semak di Badan Islam yang diiktiraf JAKIM melalui Portal Rasmi Halal Malaysia kalau ada lg yang konpius.

Kebanyakan dari kita hanya percaya dengan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM sahaja. Anda silap sebab sebenarnya ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk tempatan. 

Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Yang orang tahu hanya yang ada sijil halal JAKIM je yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM terutamanya untuk marketing di Malaysia ni.

Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereka mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Kalau nak diikutkan, status halal di Kanada & USA adalah yang paling ketat prosedurnya dan sukar untuk dapat pelepasan.

Jadi, kepada pengguna Shaklee di luar sana, anda tak perlu risau lagi..produk² Shaklee yang ada dalam pasaran Malaysia ada dalam senarai kat sijil di atas. Gunakanlah Shaklee tanpa was was.
SHAKLEE Selamat, Berkesan & Semulajadi!


Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe

COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA.
Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Monday, 24 February 2014

Merawat Demam Denggi dengan Shaklee

Assalammualaikum..


Hari ini lela nak cite pasal demam denggi yang sekarang ni di tahap yang sangat membimbangkan.
Teringat masa afif admitted hospital last month **later lela story psl tu k!  sebelah katil afif ada baby 6 bulan dah kena denggi..sedeh sgt tengok..baby sebesar tu terpakse menanggung kesakitan sebegitu..tapi alhamdulillah baby tu discaj dulu dari my afif..sebelum lela cerita lebih lanjut, jom kita kenali Demam Denggi dulu ^_^

Apa itu Denggi?
Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlarutan selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

Jenis-jenis penyakit denggi
  • Demam denggi klasikal
    Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'
  • Demam denggi berdarah
    Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2 hingga 13 tahun. Pada tahap awal (selama 2 hingga 4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera
Cara Jangkitan

Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama 8 hingga 10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil 'Penularan Mekanikal'.

Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya.

Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.

Tanda Serangan Denggi
  • Demam kuat secara mengejut dan berterusan
  • Ruam pada kulit
  • Sakit tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit Perut
  • Pendarahan pada badan, hidung dan mulut
Rawatan

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.
  • Rawatan Demam Denggi Klasikal
    Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu, mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku
  • Rawatan Demam Denggi Berdarah
    • Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.
    • Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.
    • Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke3 hingga hari ke7.
    • Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.
Okey semua sedia maklum Demam Denggi memang tiada ubat, kebanyakkannya masing² buat rawatan sendiri seperti makan sup ketam, minum air 100 plus dan macam² lagi.

So kat sini lela nak sarankan pengambilan supplemen Shaklee sebagai rawatan alternatif untuk menguatkan sistem imuin badan. yang lela sarankan ialah Performance Drink Shaklee, Nutriferon & Vita C.



Bagaimana ia membantu?

PERFORMANCE DRINK

•Dapat membantu meningkatkan daya ketahanan badan – memberikan tenaga kepada otot dan sel yang cepat, mengelakkan dehidrasi (kehilangan air) semasa demam dan terbukti secara klinikal dalam memlihara paras gula daram darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan.
•Membekal tenaga & daya ketahanan fizikal – ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus magnesium dab chloride. Tidak mengandungi perisa. pewarna dan bahan pengawet sepertimana minuman isotonik sukan di pasaran.
NUTRIFERON

•Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari – ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

VITA C

1) Membentuk Kolagen
Ia merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi,     rangka dan tulang rawan. Oleh itu ia mampu mempertingkatkan kedut dan     menghalang otot dari menjadi lembik.

2) Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3) Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga mampu membantu mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Apa yang menarik ia turut berfungsi untuk menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.

4) Memerangi Kanser
Ia bersifat sebagai antioksida yang mampu mempertingkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser serta membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.

5) Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vit-c setiap hari untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Untuk makuman, pigmen adalah penyebab utama kehadiran jeragat pada kulit muka kita ya...

6) Memperbaiki Insomnia
Dengan menganbil Vit-c secara konsisten, ia boleh membantu menyelesaikan masalah insomnia, stress serta masalah-masalah berkaitan mental seperti murung dan resah
.
7) Mengekalkan Kolestrol yang sihat.
Vit-C ini mampu membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengeklakan kapilai darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah serta pendarahan dalam otak dan gusi.
Your Shaklee Independent Distributor :

Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Email: aqifleyla@gmail.com
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe
COD area PUCHONG, SHAH ALAM, USJ, PUTRAJAYA. Untuk di luar kawasan di atas..saya akan pos terus kepada anda! ^_^

Wednesday, 1 January 2014

Cara Ketahui Waktu Subur

Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Your Shaklee Independent Distributor
-Lela mustafa-
FP : RashelaQif E-Shoppe
Call/SMS : 013-3188804

Sunday, 22 December 2013

Tip Menggalakkan Pengeluaran Susu

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi merangsang pengaliran susu sebelum memerah atau menyusukan bayi. Salah satu ialah melakukan urutan.

Langkah 1
Tuam
Sebelum urutan, tuam payu dara terlebih dahulu menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Tuam beberapa minit.

Langkah 2
Tekan
Pegang hujung puting menggunakan ibu jari dan telunjuk. Kemudian, tekan puting ke dalam dan tarik semula ke atas perlahan-lahan.

Langkah 3
Gerakkan
Sentuh bahagian atas aerola menggunakan ibu jari. Jari-jari lain pula tempatkan di bahagian bawah aerola. Gerakkan secara perlahan jari telunjuk ke atas, bawah, kanan dan kiri. Jangan ubah kedudukan ibu jari. Ulang lima hingga enam kali.

Langkah 4
Teruskan gerakan
Terus membuat gerakan jari mengikut arah putaran jam. Gunakan empat jari kecuali ibu jari ketika melakukan gerakan ini. Lakukkan antara lima hingga enam kali bagi setiap payu dara. Jika ada benjolan keras di bahagian payu dara, elak daripada menyentuh bahagian berkenaan.

Langkah 5
Putar
Gerakkan jari-jari anda dengan membuat putaran dari sisi menghala ke puting. Ulang langkah ini tiga atau empat kali di kedua-dua belah payu dara.




Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, boleh hubungi saya seperti yang tertera di bawah :-


Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe

 
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin ini melalui pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia ^_^

KESAN JAMU DALAM SUSU


Walaupun herba atau jamu diperbuat daripada bahan semulajadi, tetapi ia tidak semestinya selamat terutama bagi ibu yang menyusukan bayi. Banyak herba mengandungi bahan-bahan yang mempunyai kesan serupa dengan ubat-ubat tertentu melalui susu ibu. Ia berpotensi membahayakan ibu dan bayi yang disusukan.

Contohnya, asid nikotin dan sebatian coumarin yang ditemui dalam halba (fenugreek) boleh memberi kesan kuat kepada degup jantung, tekanan darah, gula dalam darah dan fungsi tubuh yang lain.

Jika ibu mengambil halba secara teratur dalam jumlah yang besar, bayi juga boleh mengalami gejala sama. Ini kerana pengaruh dan kosentrasi bahan yang berbeza ditemui dalam teh, cecair, pil, dan suplemen makanan dapat berubah-ubah.

Oleh itu ibu yang menyusukan anak harus berhati-hati dan selektif dalam penggunaan ubat herba atau jamu. Ibu menyusu boleh mengamalkan pengambilan teh herba yang tidak mengandungi farmakologis yang kuat.

Teh kulit kayu manis berperisa oren, teh serai, teh rasberi dan moringa adalah pilihan yang baik. Pilihan teh lain yang baik adalah teh yang diperbuat daripada rosehips yang mengandungi banyak vitamin C.

Tahukah anda

Mengambil jamu dalam tempoh 14 hari selepas bersalin sebenarnya meningkatkan risiko bayi mendapat jaundis. Apatah lagi jika anda memiliki darah jenis O.

Jika ibu pernah berhadapan dengan masalah anak jaundis sebelum ini, kemungkinan untuk anak seterusnya menghadapi masalah yang sama adalah besar.

haa apa kata ibu2 semua kita berpantang cara moden dengan set berpantang SHAKLEE! Pasti anda merasai kelainannya  kesannya amat2 positif sekali..Saya sudah mencuba! anda bila lagi!

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, boleh hubungi saya seperti yang tertera di bawah :-


Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin ini melalui pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia ^_^

Tuesday, 3 December 2013

Keistimewaan Garlic Shaklee


GARLIC SHAKLEE



Bawang Putih atau Garlic dalam bahasa inggeris adalah antara bahan yang penting dalam masakan kita. Tetapi, tahukah anda garlic juga baik untuk kesihatan? Bawang Putih atau Garlic kaya dengan banyak khasiat yang berguna untuk kesihatan kita.
  
Garlic atau Bawang Putih merupakan sejenis herba yang bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah juga digunakan sebagai ubatan untuk mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit. 

Bawang putih atau garlic dari segi perubatan adalah:
1.      Tekanan darah tinggi
2.      Kolesterol tinggi
3.      Penyakit Jantung Koronari
4.      Serangan Jantung
5.      Atherosclerosis
6.      Mencegah kanser colon, rectal, stomach, breast, prostate, paru-paru
7.      Merawat kanser prostat
8.      Merawat kanser pundi kencing
9.      Merawat kencing manis
10. Merawat Osteoathritis


 

Dihasilkan daripada bawang putih (garlic) jenis premium
Bawang putih tersebut bebas racun perosak dan ditana secara organik

Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan 100% allicin aktif kekal pada garlic tersebut
Mengandungi pelbagai vitamin E untuk tingkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya dalam tubuh kita

Setiap 2 tablet GARLIC = 1000 mg ekstrak garlic tulen = 2 ulas garlic segar

Antara khasiat dan kebaikan GARLIC SHAKLEE ialah:
Mengandungi spearmint yang membantu mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
Merupakan antibiotic semulajadi dan selamat dimakan untuk jangka panjang bagi mempertingkatkan sistem imun tubuh dan menghalang penyakit berjangkit seperti selsema
Membantu untuk menghalang alergi seperti sinus, asthma
Mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik
Menurut kajian, pengambilan 2 - 4 tablet garlic membantu menurunkan darah tinggi
Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam (raksa, plumbum, kadmium) dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia
Membantu menurunkan paras kolesterol
Melindungi Jantung
Menghalang Strok
Membantu mengurangkan pencetusan kejadian kanser - nitrosamine
Membantu menstabilkan glukos dalam tubuh

  
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, boleh hubungi saya seperti yang tertera di bawah :-


Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin ini melalui pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia ^_^

Monday, 2 December 2013

PROMO BULAN DEC - OMEGE GUARD

Assalammualaikum..

Bulan baru..bulan DEC13 penghujung tahun 2013, Shaklee punye produk promo bulan ni ialah OMEGA GUARD. Sempena produk promo bulan ni saya nak cite sikit la mengenai OMEGA GUARD SHAKLEE.

>>Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh diperbuat oleh badan kita . Kebanyakan orang tak mendapat cukup omega-3, dan orang yang dalam darahnya ada mengandungi trigliserida yang tinggi perlu lebih banyak omega-3. Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA, jadi ia bergantung pada tubuh juga… kalau enzim dalam badan tak berapa bagus, tak banyak lah ALA yang diuraikan. Haa… jangan taktau dalam Omega Guard Shaklee ada semua tu.. DHA, EPA, ALA…
EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .

KEISTIMEWAAN OMEGA 3:

  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat

MENGAPA HARUS MEMILIH OMEGA GUARD SHAKLEE?

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

OMEGA GUARD UNTUK SIAPA?

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
  • Mereka yang mementingkan kehidupan sihat


Apa tunggu lagi?JOM dapatkan Omega Guard dengan harga yang berbaloi-baloi dan pasti menjimatkan!!

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya seperti yang tertera di bawah :-


Nama: Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE: 905171
Call/Sms/Wa : 013-3188804
FB: Rashelaqif E-shoppe


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin ini melalui pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia ^_^